Buletin

HONDA HASILKAN CR-V BAJET UNTUK AUSTRALIA – TAPI BILA TENGOK SPEC, MACAM TIADA YANG KURANG PUN

Sedia maklum bahawa Honda CR-V merupakan antara model terlaris Honda di hampir semua pasaran yang disertainya.

Sejak dahulu lagi, CR-V menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan sebuah SUV praktikal buat seisi keluarga. Bagi menjadikan CR-V boleh dimiliki oleh lebih ramai pengguna, Honda Australia memperkenalkan varian CR-V bajet yang dikenali sebagai CR-V Vti-E7.

Ditawarkan pada harga bermula AUD$34,490 (RM101,300) seunit, model itu bagaimanapun hadir dengan enjin 1.5 liter turbo dengan kapasiti tujuh tempat duduk. Walapun namanya bajet, tetapi ciri yang ada padanya boleh tahan juga.

BACA: HONDA SENSING PADA CR-V BAHARU – TAWAR PEMANDUAN LEBIH SELAMAT

Antara ciri standard yang ada ialah tempat duduk kulit, tempat duduk pemandu kuasa, skrin sentuh tujuh inci, rim aloi bersaiz 18 inci, kamera undur tiga mode, pengecas USB serta corong pendingin hawa untuk baris tempat duduk kedua dan ketiga.

Senarai ciri varian CR-V VTi-E7:

  • Kawalan pendingin hawa dua zon
  • Apple Carplay / Android Auto
  • Sistem pemantauan kepekaan pemandu
  • Kunci pintar dengan butang penghidup enjin
  • Tayar gantian aloi bersaiz penuh 
  • Lampu kabus hadapan
  • Sistem pemantauan tekanan tayar

VTi-E7 dilihat akan melengkapkan lagi tawaran varian CR-V di pasaran Australia. Varian tertingginya, VTi-L dilengkapi pelbagai ciri tambahan seperti bumbung kaca panoramik dan pintu belakang kuasa. 

Kalau tengok kepada ciri yang ada ini, macam tak bajet sangat pun. Untung lagi ada lah…

GALERI

Google ads
Back to top button