Artikel PilihanBuletin

ULTRA-RARE NISSAN SKYLINE HKS ZERO-R AKAN DI LELONG DI TOKYO AUTO SALON!

Baru beberapa hari kami naikan entri berkenaan kereta ini yang ditemui di Brunei. Hari ini kami dapat tahu ada sebuah yang akan dilelong hujung minggu ini, bertempat di pameran Tokyo Auto Salon 2019.

BACA: R32 HKS ZERO-R INI PERNAH DIMILIKI SULTAN BRUNEI

Skyline R32 HKS Zero-R adalah kereta yang dibina oleh syarikat penala Jepun yang terkenal – HKS. Ia merupakan keajaiban era 90-an dan era di mana kesungguhan syarikat-syarikat aftermarket di Jepun membuktikan keupayaan masing-masing membina versi “jahat” pada kereta keluaran kilang.

HKS telah membina EMPAT unit kereta ini untuk memenuhi syarat homologasi. Walaupun begitu, bagi menepati syarat sebelum ia boleh dijual di pasaran, kereta ini perlu dihantar untuk ujian keselamatan dan pelanggaran.

Setelah membuat kira-kira, HKS mendapati, kos untuk melengkapi syarat ujian dan homologasi tersebut ialah 13,000,000 yen atau RM491K untuk sebuah kereta. Ya. ia kos yang perlu dibayar pada pada tahun 1991!

Sedar ia tidak berbaloi dan akan menjadikan keretanya sangat mahal untuk dijual, HKS mengambil keputusan menghentikan projek ini dan kesemua kereta ini kekal di Jepun – kecuali sebuah yang telah dibeli oleh Sultan Brunei.

Namun pada 2006, beberapa regulasi pendaftaran telah berubah dan tiga unit yang tersimpan di garaj HKS Shizuoka nampaknya berpeluang untuk didaftarkan sebagai kenderaan yang sah digunakan dijalanraya.

Kereta ini merupakan salah satu dari “misteri” HKS Zero-R dan menariknya ia dibuka untuk lelongan awam pada penghujung minggu ini.

Berapakah harganya?

Ia dianggarkan akan terjual sekitar 14,000,000 hingga 19,000,000 yen. Iaitu sekitar RM534,000 hingga RM725,000

Tak lah Yahudi sangat kan? dengan hanya 4 buah di dunia kan?

GALERI

VIDEO

TOKYO AUTO SALON AUCTION 2019LOT & ESTIMATE DECIDIONNEW WEB SITE OPEN#bhauction #autosalon #tas #auction #car

Posted by bhauction on Jumaat, 28 Disember 2018

Google ads
Back to top button