Artikel PilihanBuletin

SEKALI SEKALA BILA GENG COROLLA AE9X BERKUMPUL…

Kali ini kita bersama dengan komuniti pemilik pemilik Toyota Corolla AE92 siries yang berkumpul di Resort Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar menyaksikan himpunan mereka.

Dalam pada peracangan awal dengan hanya berbual bual kosong yang sebelum ini dibincangkan sebelum ini berjaya direalisasi oleh komuniti AE92 cawangan Taiping dan rakan rakan pemilik sekitar Perak.

pada hari kejadian, dapat disaksikan lebih daripada 90 jentera AE92 berjaya dikumpulkan dari seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia.

Acara bermula pada pukul 12 tengahari pada tanggal 12 oktober 2019 dan pengisian acara disi dengan cukup meriah. ok guys kite cerita sedikit tentang kemeriahan tt santai mereka ini.

Acara bermula dengan ketibaan para peserta pada pukul 12 tengahari seterusnya acara autoshow pon bermula pada pukul 3 petang. Dalam sesi autoshow sebanyak 12 kategori dipertandingkan antaranya best MDM, best JDM , best USDM ,best LEVIN , best CHEILO , best FX , best INTERIOR , ENGINE dan banyak lagi.

Setelah para juri berpuas hati dengan persembahan yang dipersembahkan oleh para peserta sessi penjurian pun ditutup seterusnya konvoi bergerak berjalan jalan melewati Istana Bukit Chandan dan bergambar di sana.

Pemilihan resort ini sangat sesuai memandangkan resort ini mempunyai fasiliti yang cukup dan boleh digunakan sehingga ke waktu malam hari.

Sesi barbeku sambil karaoke dijalankan untuk para peserta yang hadir. Maklumlah bukan selalu berjumpa jadi dengan acara seperti inilah dapat rapatkan yang jauh dekat kan yang mesra dan saling bertukar pandangan tentang minat masing masing.

Kami harap akan ada lebih banyak lagi acara seperti ini untuk pemilik AE92 diteruskan di negeri negeri lain. Bagi pihak penganjur komiti AE9x Taiping ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew, peserta, kelab-kelab kereta dan juga yang perseorangan seperti.

Antara yang terlibat ialah KUALER COROLLA CLUB , KELKETU , LEGASI TOYOTA ,CIOC IPOH , TOYOTA COROLLA KG GAJAH , TTK ,TLC , CHEILO COMRADE ,TOYOTA PENANG COMUNITY ,TOYOTA COROLLA N9, AE9X KING dan semua penaja hadiah pada kali ini.terima kasih semua.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button