,
Buletin

PUKUL PAK GUARD NEPAL GUNA KAYU GOLF, SUSPEK DITAHAN POLIS

Sejak semalam, tular satu kip video berdurasi 1 minit 2 saat yang menunjukkan seorang lelaki memukul pengawal keselamatan warga Nepal.

Insiden yang berlaku di KL Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur itu berpunca daripada tindakan suspek yang memarkir kenderaannya, sebuah Honda Jazz berwarna kelabu di petak OKU.

https://www.facebook.com/KualaKedah/videos/412200519449155/

Suspek dan rakannya meminta mangsa supaya membuka kunci pengapit roda. Tetapi mangsa menegaskan dia perlu membuat pembayaran di pejabat pengurusan.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, suspek yang sebelum itu cuba untuk merosakkan kunci tersebut dilihat menumbuk, mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul mangsa menggunakan sebatang kayu golf. Seorang rakan suspek cuba meredakan keadaan namun tidak berjaya.

Akibat pergelutan itu, kedua-dua mereka mengalami kecederaan dengan bahagian kepala mangsa dilihat cedera dan berdarah. Dia yang kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut luka di bahagian kanan dan telinga.

Selepas mendapat maklumat daripada orang awam pada jam 4.30 petang, polis terus menjalankan siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, suspek berusia 24 tahun dari Terengganu itu berjaya ditahan sekitar jam 10 malam Ahad.

Siasatan awal mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau membabitkan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

sumber: Astro Awani, Harian Metro

Tags
Google ads
Back to top button