Artikel Pilihan

TOYOTA COROLLA 2022, RAIH ANUGERAH KESELAMATAN TOP SAFETY PICK+ IIHS

Kereta yang paling bosan dan paling banyak dijual di dunia iaitu Toyota Corolla bagi tahun 2022 telah dinobatkan sebagai kereta paling selamat oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS). IIHS adalah badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan mengkaji dan menilai keselamatan kereta baru setiap tahun

Ujian yang dijalankan oleh IIHS boleh dianggap agak sukar dilepasi apatah lagi IIHS memiliki hobi yang pelik iaitu sentiasa menaikkan tahap keselamatan kereta yang dijual setiap tahun. Biasanya IIHS akan memberi 2 penarafan yang bagus pada kereta yang melepasi ujian keselamatan mereka samaada Safety Pick atau yang lebih tinggi Safety Pick+

Bagi pasaran terbesar Toyota iaitu Amerika, Corolla berjaya mendapat anugerah Safety Pick+ bagi varian sedan 4 pintu dan varian hatchback 5 pintu selepas berjaya mendapat skor bagus (Good) bagi kategori berikut

  1. Ujian perlanggaran depan sebelah pemandu – small overlap test
  2. Ujian perlanggaran depan sebelah penumpang depan – small overlap test
  3. Ujian perlanggaran depan- perlanggaran biasa
  4. perlanggaran sisi
  5. ujian kekuatan bumbung dalam situasi roll over, kereta tergolek dengan semua tayar di atas
  6. ujian kekuatan perehat kepala dan ujian perlindungan kerusi

Bagi Toyota Corolla yang dihasilkan sebelum bulan November 2021, terdapat beberapa varian yang hanya ditawarkan dengan lampu halogen ataupun lampu LED tapi tidak diberikan ciri adaptif. Ciri ini membenarkan lampu LED berputar mengikut arah pergerakan stering dan tayar.

Ini kerana sifat cahaya ialah bergerak dalam garisan lurus dan tidak boleh dibengkokkan. Ini menyebabkan Corolla hanya mendapat skor “Marginal” bagi teknologi pencahayaan lampu. Ini disebabkan Corolla masih diberikan ciri Toyota Safety Sense dengan fungsi brek kecemasan automatik dan lampi tinggi automatik

Penyelidik mendapati pemandu berasa ragu-ragu untuk menggunakan lampa tinggi kerana risau menyebabkan silau pemandu lain dan seterusnya langsung tidak menggunakan lampu tinggi. Ciri lampu tinggi automatik membolehkan lampu tinggi dibuka dan dimatikan secara automatik bergantung pada keadaan jalan raya serta trafik

Model baru Corolla 2022 menerima pakej Adaptiv Front Light System yang membolehkan kereta ini menerima penarafan Top Safety Pick

Google ads
Back to top button