BuletinMotosikal

SELAMAT DATANG SKUTER KECIL SYM JET 14. 125CC. RM6,688

Sewaktu pelancaran motosikal super kapcai Sym VF3i 185cc dan Maxi CRUiSYM 250i kelmarin, Mforce Holding turut memperkenalkan skuter yang lebih kecil.

SYM Jet 14 bakal meramaikan lagi pasaran skuter 125cc yang biasanya ditunggang kaum-kaum ibu atau mat motor yang sudah hilang pedoman hidupnya.

BACA: KAPCAI PALING POWER DI DUNIA. SYM VF3i.

Skuter SYM Jet 14 ini dipasangkan dengan enjin 125cc satu selinder sejukan udara yang menepati piawaian Euro-4. Ia menghasilkan kuasa sebanyak 10 kuasa kuda pada 8,500rpm dan 9.2 paun tork pada 7,000 rpm.

Ia sesuai ditunggang untuk ke masjid, ke kedai membeli santan atau pusing-pusing tawan di waktu petang. Menurut MForce Bike Holding, ia mampu memecut sehingga 110km/j yang mana kami sendiri sedikit sangsi. 

Walaupun begitu, ia ada kelebihan sebuah skuter iaitu tangki bahanapi yang besar. 7.5 liter. Ia lebih besar dari skuter Yamaha NVX yang hanya 4.6 liter sahaja.

Ia dipasangakan dengan brek cakera hadapan dan brek dram di belakang, lampu-lampu hadapannya masih menggunakan halogen tetapi lampu belakang dipadankan dengan LED.

Terdapat tiga warna pilihan iaitu Merah Biru dan Putih dan harga jualannya ialah RM6,688 (tak termasuk GST dan insurans)

 

 

Google ads
Back to top button