Artikel PilihanBuletin

SELAMAT TINGGAL JUNICHI TANAKA. LAGENDA JUN AUTO TAK KAN KAMI LUPAKAN…

Kami percaya, generasi moden memang tak mengenali lelaki ini. Junichi Tanaka, pengasas syarikat aftermarket JUN AUTO MECHANIC adalah lagenda Jepun yang telah mencatat banyak rekod kelajuan menerusi kereta talaan mereka.

Era 90-an merupakan zaman emas tuner-tuner Jepun yang meletakkan nama mereka dalam peta dunia. HKS, JUN, RE-AMemiya, Top Secret, Veilside, APEXi antara yang cukup dikenali.

Kau sekarang mungkin kenal J’S Racing, FEEL’S dan nama-nama baru sahaja, tapi R&D yang dibuat oleh syarikat-syarikat awal benar-benar mencabar pengetahuan kejuruteraan manusia ketika itu.

Junichi Tanaka, berusia 76 tahun meninggal dunia akibat komplikasi kanser pada 5 Mac lalu.

Beliau lahir dalam keluarga yang terlibat dalam industri berat secara langsung. Keluarganya menubuhkan perniagaan Tanaka Industrial Co. ketika beliau baru berumur tiga tahun.

Antara perusahan awal keluarganya ialah kejuruteraan perkakasan dan mesin pembuat makanan untuk industri.

Pada 1955, syarikatnya memulakan produksi enjin dua lejang dan peralatan badan motosikal. Sedekad kemudian, beliau menceburkan diri dalam bidang pembuatan badan untuk kereta pula.

Pada Mac 1980, Jun menubuhkan Jun Machine Shop sebagai sebahagian dari divisyen Tanaka Industrial yang menghasilkan peralatan aftermarket dan kereta perlumbaan, bertempat di Nerima, Tokyo.

Dua tahun kemudian beliau menghasilkan stroker kit pertama berkapasiti 3.5 liter untuk enjin Nissan enam selinder L-series. Bagi menunjukkan kepakarannya, beliau membina sebuah Failady S30 untuk perlumbaan drag.

Pada 1985 pula, beliau membangunkan turbo kit untuk enjin L-Series yang mapu menghasilkan sehingga 500ps. Kereta demo beliau mampu mencatatkan 13.53 saat untuk pecutan perlumbaan drag 400 meter.

Beliau banyak membangunkan teknologi-teknologi yang menjadi perintis kepada tuner malah pengeluar kereta lain. Mencatatkan rekod di Bonneville Salt Flats adalah antara kejayaan beliau yang terus diingati pada hari ini.

Pemergian beliau adalah satu lagi kehilangan dalam industri automotif Jepun secara keseluruhan. Saya masih ingat ketika awal era 2000, kereta-kereta talaan JUN mendominasi acara Tokyo Auto Salon. Saya pernah menyiarkan kereta Hyper Lemon Silvia sekitar tahun 2001 yang cukup ikonik dengan warna lemon JUN.

GALERI

Google ads
Back to top button