Buletin

SELANGOR BENARKAN BENGKEL DAN KEDAI ALAT GANTI BEROPERASI DARI 9AM-4PM SEPANJANG TEMPOH PKP

Kerajaan Selangor hari ini membenarkan pusat servis kenderaan dan kedai alat ganti di negeri itu beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4 petang setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan kecemasan sahaja. 

Kebenaran yang dimulakan pada 1 April itu memberi keutamaan kepada para pekerja barisan hadapan yang perlu keluar bekerja setiap hari. Selain mereka yang berada dalam pelbagai perkhidmatan penting. 

“Kebenaran ini adalah untuk tujuan kecemasan. Jadi, kerosakan kereta dapat dibaiki demi keselamatan rakyat, terutamanya mereka yang perlu bekerja dalam tempoh PKP. Tetapi, semua individu mesti mematuhi penjarakan sosial sejauh satu meter apabila berada di premis berkaitan. 

“Mereka yang tiada keperluan untuk keluar, duduk sahaja di rumah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han. 

Selain bengkel dan kedai alat ganti, Selangor membenarkan stesen minyak beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam. 

“Pengusaha stesen minyak perlu memastikan penjarakan sosial dipatuhi, Tetapi kebanyakan stesen minyak agak sunyi, jadi tiada masalah sangat,” katanya lagi. – Berita Harian 

Google ads
Back to top button