
DORNA BERI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL KEPADA PASUKAN SATELIT MOTOGP, MOTO 2 & MOTO3
Pembatalan dan penangguhan perlumbaan MotoGP berikutan penularan wabak COVID-19 membuatkan banyak pasukan kini berdepan masalah kewangan.
Ketika pasukan yang dimiliki oleh pengeluar dilihat dapat berdepan isu berkenaan, pasukan satelit bagaimanapun berada dalam keadaan sukar. Ini kerana mereka bergantung kepada dana yang dibayar oleh penaja bagi setiap perlumbaan.
Peka dengan perkembangan itu, penganjur sukan tersebut, Dorna Sports baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan memberi bantuan kewangan kepada pasukan yang terjejas teruk. Bantuan itu dilihat perlu bagi memastikan semua pasukan dapat bersaing apabila perlumbaan dimulakan semula nanti.
Pasukan satelit MotoGP akan menerima bantuan kewangan daripada Persatuan Pasukan Perlumbaan Antarabangsa (IRTA) pada bulan April, Mei dan Jun, tidak kira sama ada perlumbaan akan diteruskan atau sebaliknya.
“Langkah ini diambil bagi menjamin kestabilan kewangan pasukan satelit dan kakitangan mereka. Pasukan Moto2 dan Moto3 juga akan menerima bantuan kewangan.
“IRTA telah membuat pembayaran kepada semua pasukan Moto2 dan Moto3. Bantuan sewajarnya untuk kelas perlumbaan ringan dan sederhana akan ditentukan tidak lama lagi.
“Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Dorna Sports berusaha keras untuk memastikan perlumbaan dapat dimulakan selewat-lewatnya pada Julai. Kami bagaimanapun menjangkakan lebih banyak perubahan jadual selepas ini,” jelas Dorna Sports dalam satu kenyataan rasmi.
- BACA: BAGAIMANA DORNA MENGATASI SYARIKAT YANG MENENTANG MEREKA DALAM MOTOGP?
- BACA: DORNA HARUS BELAJAR DARIPADA FORMULA 1 DALAM MENANGANI MASALAH SEPERTI SKANDAL AEROGATE DUCATI
- BACA: COVID-19 TIDAK RENCAT PEMBINAAN LITAR MANDALIKA DI LOMBOK, INDONESIA
- BACA: TISSOT: PENJAGA MASA RASMI MOTOGP KINI MUNCUL DENGAN KOLEKSI TERBARU