SATU LAGI BENGKEL PETRONAS AUTO EXPERT DIBUKA DI SHAH ALAM
Konsep bengkel berasaskan jenama pelinciran misalnya bukanlah sesuatu yang baru. Namun bagi syarikat petroleum negara, Petronas mengambil pendekatan berbeza dengan menjadikan AutoExpert sebuah bengkel yang lebih dari sekadar pusat membaiki kenderaan.
Untuk makluman semua, Petronas AutoExpert ialah satu konsep bengkel di bawah Petronas untuk pasaran global.
Ideanya adalah untuk menawarkan pusat servis moden yang menggunakan produk minyak/bendalir Petronas di bawah satu bumbung.
Lebih menarik lagi, premis ini menyediakan perkhidamatan servis dan pembaikan untuk semua jenis kenderaan
Pertama kali Petronas AutoExpert dibuka ialah di Seksyen Shah Alam yang dikendalikan oleh pihak Autohaus KL. Autohaus adalah bengkel berpengalaman luas yang turut mempunyai beberapa cawangan bengkel lain di Kuala Lumpur dan Selangor.
Hari ini, Petronas AutoExpert ke-10 dibuka di Glenmarie menerusi kerjasama Dream Car Performance Garage Sdn Bhd, yang bertempat di No.26, Jalan Juruhebah U1/50, Temasya Industrial Park., 40150 Shah Alam.
Sepertimana konsep AutoExpert, pusat servis ini menggunakan minyak Petronas yang tulen, berkualiti tinggi yang memenuhi spesifikasi jenama popular Eropah seperti Mercedes-Benz, Volkswagen dan Porsche.
Dari segi alat ganti pula, pelanggan boleh pilih di antara OEM atau original.
Kelebihan lain Petronas AutoExpert ialah ia memiliki peralatan lengkap dan terkini yang kualitinya sama taraf dengan pusat servis sah di seluruh negara. Jadi, takkan timbul masalah untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.
Premis ini juga menyediakan ruang menunggu yang selesa, TV serta tempat makan yang lengkap dengan hidangan seperti nasi lemak, kuih-muih dan roti secara percuma kepada pelanggan.
Sekali masuk Petronas AutoExpert ni rasa macam ke pusat servis jenama mewah pun ada.
Mahal?
Tidak. Mengikut pengusaha di sini, purata kos servis di sini adalah sekitar 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding pusat servis rasmi jenama pengeluar.
- BACA: PETRONAS AUTOEXPERT. PUSAT SERVIS TERBAIK!
- BACA: Minyak Masak Sebagai Minyak Pelincir?
- BACA: PETRONAS LANCAR BENGKEL MOTOR BERGERAK – BIJAK!
- BACA: BENGKEL NISSAN SKYLINE & GT-R HANGUS TERBAKAR
GALERI