
SELEPAS BERTAHUN DAN LEBIH 1 JUTA, SUBARU LEGACY BERAKHIR DI AS PADA 2025
Dikeluarkan sejak 1989, pengeluaran Subaru Legacy di Amerika Syarikat (AS) bakal ditamatkan pada 2025.
Tahukah anda? Legacy direka untuk pasaran Amerika dan menjadi model Subaru pertama yang dikeluarkan AS. Legacy dikeluarkan di kilang baharu Subaru di Indiana.
Legacy generasi pertama membuka era baharu buat Subaru dengan model sedan dan wagon yang tampil membawa rekaan menarik dan teknologi canggih seperti pancitan bahan api berbilang titik.
Lagi kelengkapan seperti empat brek cakera, ampaian bebas dan pilihan pacuan semua roda sepenuh masa (Full-Time AWD).
Teknologi tersebut mungkin biasa namun pakej yang canggih pada masa itu. Legacy menyaingi sedan saiz sederhana lain seperti Honda Accord, Toyota Camry dan pelbagai lagi.
Di dalam generasi kedua, Legacy Wagon bertukar kepada Outback dan satu strategi yang baik sehingga ke hari ini.
Sejak 1989, Legacy yang dijual AS dipasang dipasang di Subaru of Indiana di Lafayette, Indiana.
Merentasi enam generasi, lebih 1.3 juta buah Legacy berjaya dijual di AS.
Legacy juga menjadi model Subaru paling lama bertahan di AS dan apakah penyebab penamatannya?
Menurut kenyataan Subaru, penamatan tersebut mencerminkan pertukaran pasaran dari kereta penumpang kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) dan crossover.
Subaru juga sedang beralih kepada kenderaan elektrifikasi dan kenderaan elektrik penuh (EV).
Menjelang 2028 Subaru mahu menghasilkan lapan model EV! Seperti yang dikatakan, keputusan untuk mengeluarkan Outback satu strategi yang baik.
Sebagai kembar berbadan penuh kepada Legacy, Outback akan terus ditawarkan di AS. Pelanggan di AS juga masih boleh menikmati sedan dengan memiliki WRX.
Subaru sebenarnya baru sahaja memperkenalkan Legacy dan Outback model tahun (MY) 2025 April lalu.
Di antara pembaharuan seperti bumbung bulan berkuasa, Sistem Pencegahan Gangguan DriverFocus® Distraction, navigasi dan stereng dengan pemanas 360 darjah.
Pelanggan Legacy ditawarkan dua pilihan rangkaian kuasa iaitu 2.4 liter BOXER turbo yang menghasilkan 260 kuasa kuda (hp) pada 5,600 rpm dan tork 376Nm dari 2,000 sehingga 4,800 rpm
Enjin dipadan bersama kotak gear Lineartronic® CVT daya kilas tinggi dan lapan kelajuan melalui pedal pada stereng. Pacuan semestinya Symmetrical AWD untuk kesemua Legacy.
Satu lagi pilihan ialah enjin 2.5 liter BOXER dengan kuasa 182 hp pada 5,800 rpm dan tork 239Nm pada 4,400 rpm. Kotak gear Lineartronic® CVT dengan lapan kelajuan melalui pedal stereng.
Kumpulan terakhir Legacy dijual dari AS$24,895 (RM118,032) sehingga AS$38,195 (RM181,093).









