
BANJIR BESAR DUBAI RAGUT NYAWA HYPERCAR, SUPERCAR DAN KERETA MEWAH
UAE merupakan antara kuasa besar ekonomi di Timur Tengah dan kekayaan ini membolehkan rakyatnya terutama di Dubai memborong semua hypercar, supercar dan kereta mewah dengan ejaan yang susah untuk disebut. Namun perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan Dubai menerima hujan paling lebat dalam masa 75 tahun pada bulan April
Hujan ini melanda sekali lagi pada 3 May 2024 di Dubai, Sharjah dan beberapa bandar utama yang mengakibatkan banjir kilat melanda. Banjir kali ini telah menenggelamkan beberapa kereta mewah, hypercar dan supercar.
Antara kereta yang menjadi mangsa termasuklah 3 buah Lamborghini yang diparkir sederet dan salah satunya ualah Aventador SV Roadster dengan kemasan warna Blue Cephus, Lamborghini Huracan yang berwarna kuning dan Lamborghini Sian Coupe yang berwarna merah. Sian merupakan model yang dihasilkan dalam 63 unit sahaja di seluruh dunia

Turut menerima nasib yang sama ialah 2 unit Mercedes-Benz G63 AMG yang diparkir di luar premis jualan Mercedes yang tidak sempat untuk dialihkan. Bukan SUV ini sahaja, malah banyak lagi model Mercedes yang diparkir disini boleh diisytihar sebagai besi buruk.
Bagi pasaran Malaysia, Mercedes G Wagon ini dijual dengan harga RM 1.8 juta. Malah model ultra mewah seperti Roll Royce Ghost juga turut menerima nasib yang sama apabila diparkir di luar bangunan pusat jualan Rolls Royce. Model Ghost dijual dengan harga antara RM 3 juta ke 4 juta di sini
Sekiranya anda merasakan Lamborghini Sian adalah antara model yang paling eksklusif musnah dalam banjir, maka anda tersilap. Terdapat bukan 1, tapi 3 buah Pagani yang rosak semasa banjir dan ia bukanlah model Pagani yang biasa

3 unit Pagani diatas adalam model hypercar yang sangat sukar untuk diperolehi. Berada di kiri sekali ialah Pagani Huayra BC, dengan Pagani hanya menghasilkan 40 unit sahaja di dunia dan dijual dengan harga RM 18 juta seunit
Pagani Huayra dihasilkan dalam beberapa varian seperti coupe 2 pintu, roadster, Benny Caiola, roadster Benny Caiola, Imola dan beberapa varian terhad lain. Turut menerima nasib yang sama ialah Pagani Utopia, dengan hanya 99 unit sahaja yang dihasilkan keadaan hypercar ini sangat menyedihkan
99 unit Pagani Utopia yang dihasilkan adalah tidak sama antara satu sama lain. Dengan harga mencapai 12 juta, ia adalah satu-satunya model Utopia yang berada di UAE. Utopia dikuasakan dengan enjin 6000cc turbo berkembar yang menjana 852 kuasa kuda dan 1100Nm tork. Ia digandingkan dengan transmisi AMT 7 kelajuan Xtrac

