Buletin

SEMUA KENDERAAN SCANIA BOLEH GUNA DISEL B10

Semua kenderaan Scania yang dijual oleh Scania (Malaysia) Sdn. Bhd. Boleh menggunakan bahanapi disel B10 tanpa memerlukan pengubahsuaian.

Umum mengetahui bahawa perlaksanaan penggunaan bahanapi disel tertangguh beberapa kali atas berbagai faktor. Antaranya ketersediaan pengeluar dalam menentukan jaminan terhadap enjin masing-masing.

Scania bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini merupakan pengeluar yang terawal memberi reaksi positif di mana semua kenderaan mereka didakwa boleh menggunakan bahanapi disel B10 tanpa sebarang masalah.

BACA: SCANIA SERAH 17 TRAK PADA SYARIKAT PENGANGKUTAN TERBESAR PANTAI TIMUR

Prosedur jaminan kenderaan juga tidak terjejas dengan penggunaan bahanapi yang terdiri daripada 10 peratus biodiesel dan 90 peratus diesel biasa ini.

Tiada perubahan pada prosedur operasi atau kekerapan servis kenderaan. Juga, tidak akan ada kos tambahan yang ditanggung kerana tiada peralatan tambahan diperlukan untuk kenderaan yang dijual oleh Scania (Malaysia) Sdn. Bhd.

“Scania terus berada di barisan hadapan terhadap penyelesaian pengangkutan moden. Kami boleh menerima pelbagai bahan api alternatif telah beroperasi di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara. Pelanggan kami akan terus mendapat manfaat dari kemajuan ini dan bahanapi ini juga mesra alam melalui pengurangan kadar perlepasan CO2 pelepasan. “kata Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström.

 

Google ads
Back to top button