Buletin

SEORANG KAKITANGAN POSITIF COVID-19, PUSPAKOM KOTA KINABALU DITUTUP SERTA-MERTA

Seorang kakitangan PUSPAKOM Kota Kinabalu dilapor telah disahkan positif COVID-19. Justeru, dia kini sedang mendapatkan rawatan dan dikuarantin di sebuah hospital kerajaan. 

Dalam satu kenyataan rasmi, PUSPAKOM menjelaskan bahawa proses pengesanan kontak sedang dijalankan dan semua kakitangan cawangan juga akan diuji. Sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan pesakit tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

PUSPAKOM telah mengambil langkah menutup PUSPAKOM Kota Kinabalu serta-merta berkuatkuasa pada 21 November 2020 untuk melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

Pembukaan semula PUSPAKOM Kota Kinabalu akan dimaklumkan kelak. PUSPAKOM akan mendapatkan nasihat dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kelonggaran pembaharuan permit untuk kenderaan yang tamat tarikh pemeriksaan dalam tempoh PUSPAKOM Kota Kinabalu ditutup.

Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di PUSPAKOM Kota Kinabalu, semua bayaran tempahan pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.

PUSPAKOM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi gejala ini. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa.

Google ads
Back to top button