Buletin

SHELL HELIX BANTU PUSAT KEBAJIKAN DI KAJANG

Shell Helix telah bergabung tenaga dengan salah satu pengedar utamanya, Sin Leong Seng Motor Sdn. Bhd. untuk menghulurkan bantuan kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang Selangor (PKIK).

Shell-Helix-sponsors-PKIK-Kajang-mekanika (2)

Mereka menaja perkhidmatan penukaran minyak enjin percuma untuk tiga buah van PKIKyang terdiri daripada sebuah Mazda E1400 keluaran 1997, sebuah Toyota Hiace (2006) dan Foton View tahu 2012.

Tajaan selama setahun itu akan menggunakan pelincir Shell Helix berkualiti tinggi yang direka khas untuk membersih, memulihkan dan melindungi enjin.

Shell-Helix-sponsors-PKIK-Kajang-mekanika (3)

Shell Helix yang diketuai oleh Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Leslie Ng dan Pengarah Urusan Sin Leong Seng Motor, Kong Kin Lay melawat rumah PKIK baru-baru ini untuk menyampaikan berita baik itu.

“Kami gembira kerana dapat membantu meringankan beban menyelenggara tiga buah kenderaan yang sentiasa perlu berada dalam keadaan terbaik untuk mengangkut kakitangan dan penghuni rumah PKIK,” kata Leslie.

Shell-Helix-sponsors-PKIK-Kajang-mekanika (5)

Tajaan ini adalah hasil daripada sumbangan wang tunai dan dana daripada jualan penutup botol Shell Helix terpakai. Ia dikumpul daripada pelbagai kempen pemasaran dan promosi pada tahun 2015, termasuklah Shell Love My Ride Festival.

“Kami berterima kasih kepada Shell Helix atas inisiatif ini kerana setiap sen sangat bermakna. Terutama pada masa kami sedang mengumpul dana untuk pembinaan bangunan kami sendiri,” kata Pengarah PKIK, Kong Lan Lee.

Shell-Helix-sponsors-PKIK-Kajang-mekanika (1)

Buat masa sekarang, PKIK beroperasi di lima lot kedai yang berasingan dan berharap dapat memulakan pembinaan bangunan sendiri tahun ini.  Kira-kira RM3 juta diperlukan untuk tujuan tersebut.

Semasa lawatan itu, pasukan Shell Helix dapat melihat sendiri bagaimana dedikasi, penjagaan dan bimbingan diberikan oleh kakitangan di PKIK, yang ditubuhkan lebih 20 tahun dahulu, telah membantu sesetengah daripada penghuninya mencapai kecemerlangan.

Shell-Helix-sponsors-PKIK-Kajang-mekanika (4)

Antaranya ialah Darien Lum, 21 tahun dan Rosabel Sebastian, 30 tahun.  Kedua-duanya mengharumkan nama Malaysia di Sukan Olimpik Khas Dunia 2015 di Los Angeles.

Darien memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan lompat jauh. Sementara Rosabel membawa pulang pingat perak untuk acara pecut 200 meter.

Google ads
Back to top button