Motosikal

INDONESIA TERIMA CBR250RR OKTOBER INI

Sudah hampir setahun Honda mendedahkan model konsep Light Weight Super Sports  di  Tokyo Motor Show 2015.

Honda-CBR250RR-At-Tokyo-Motor-Show-2015 (1)

Sementara Honda masih lagi mengunci mulut tentang versi produksi model berkenaan, khabarnya Indonesia bakal menerima CBR250RR Oktober ini.

Sungguh menarik!. Laporan media tempatan Indonesia itu memberitahu jualan model itu akan bermula hujung tahun ini. Jika melihat kepada pasaran dua rodanya yang besar, tidak hairan jika Indonesia akan menjadi negara Asean pertama melancarkan model berkenaan.

Honda-CBR250RR-At-Tokyo-Motor-Show-2015 (4)

Khabarnya Honda CBR250RR akan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, hitam, putih dan oren (Repsol).

Jentera itu dikatakan akan menggunakan enjin berkembar sebaris berbanding silinder tunggal. Ia juga menampilkan komponen spesifikasi paling tinggi, sesuai dengan peningkatann prestasi daripada enjin dua silinder tersebut.

Untuk info lanjut:- https://www.mekanika.com.my/motosikal/produksi-cbr-250rr-semakin-hampir

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button