
PROTON, GENTARI LANCAR PENGECAS DC DI CoE – TAWAR AKSES TANPA MENGIRA JENAMA
Pengeluar kereta nasional PROTON, dengan kerjasama syarikat solusi tenaga bersih Gentari Sdn Bhd, baru-baru ini melancarkan pengecas pantas DC 100kW di Centre of Excellence (CoE) di lebuh raya KESAS.
Pengecas dinamik, yang dipasang oleh anak syarikat milik penuh Gentari, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, di tempatkan di kawasan letak kereta pelanggan di bilik pameran Proton Crystal.
Tambahnya, ia menawarkan akses kepada semua pengguna EV, tanpa mengira jenama.

Sejak pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Gentari dan anak syarikat tenaga baharu PROTON, PRO-NET pada 12 Oktober 2022, kedua-dua syarikat telah meneroka pelbagai penyelesaian untuk memperkukuhkan rangkaian pengecasan di Malaysia.
Ini termasuk kerjasama antara Gentari Green Mobility Sdn Bhd, Proton Global Services dan rakan kongsi lain untuk membangunkan bukti konsep bagi penyelesaian pengecasan EV mudah alih menggunakan Proton Exora.
Menurutnya, tiga unit konsep berkenaan sedang diuji, dengan setiap pengecas menawarkan 30kW kuasa pengecasan.
PRO-NET juga bekerjasama dengan Gentari untuk memasang pengecas pantas di beberapa pengedar Proton.
Sebagai sebahagian daripada program fasa pertama, lima pengecas DC Gentari tambahan ditetapkan bakal dipasang pada penghujung tahun 2023, dengan sasaran dua puluh pengedar.
Selain itu, empat pengedar smart Malaysia juga telah memasang pengecas DC dari pembekal lain menjelang pelancaran model pertama mereka, iaitu smart #1.
- BACA: PROTON TAWAR PAKEJ AKSESORI PROTON X50 R3 – TERHAD 200 UNIT, HARGA BERMULA RM12K
- BACA: PLUS, GENTARI LANCAR STESEN PENGECASAN PANTAS EV MODULAR MUDAH ALIH
- BACA: GENTARI GREEN MOBILITY JALIN KERJASAMA DENGAN LOTUS CARS MALAYSIA, TEROKA INFRASTRUKTUR MOBILITI HIJAU
- BACA: PROTON, SMART AUTOMOBILE TANDATANGANI MOA – KAJI PEMASANGAN EV SMART SECARA TEMPATAN









