Artikel PilihanBuletin

SISIPAN LENCANA 718 PADA BOXSTER

Khabar angin kebanyakannya adalah benar. Porsche telah mengesahkan model Boxster dan Cayman akan menerima lencana 718. Sebagai penghormatan kepada kereta lumba enjin tengah yang popular sekitar tahun 1950 – 1960-an.

porsche-718-boxster-mekanika (5)

Porsche telah mendedahkan spesifikasi rasmi model 718 Boxster yang akan berada di pasaran Eropah April nanti.

Porsche menawarkan dua versi iaitu 718 Boxster dan 718 Boxster S. Model standard 718 Boxster dijana enjin 2.0L pengecas turbo. Kuasa yang mampu dihasilkan ialah 300hp dan tork 280 lb-ft.

porsche-718-boxster-mekanika (3)

Sementara  718 Boxster S lebih berkuasa menerusi enjin 2.5 liter. Suntikan turbo caj geometri boleh ubah mampu menghasilkan kuasa maksimum 350hp dan tork setinggi 309 lb-ft.

Pecutan dari sifar ke 100km/j boleh dicapai dalam tempoh 4.7 saat bagi  718 Boxster. Sementara,  718 Boxster S dengan catatan 4.2 saat.

porsche-718-boxster-mekanika (4)

Penghantaran kuasa liar itu diuruskan oleh kotak gear PDK. Porsche  mendakwa model tersebut lebih menjimatkan bahan bakar kira-kira 13 peratus.

Penampilan luaran kedua-dua model tampil lebih segar. Porsche  718 Boxster dan 718 Boxster S didatangkan dengan bampar baharu dan saluran udara di hadapan fender roda belakang. Melengkapkan imej itu ialah penggunaan lampu nyalaan siang (DRL) LED.

porsche-718-boxster-mekanika (1)

Karakter sporty lain diserlahkan dengan penggunaan aksen lampu belakang LED bersama teknologi tiga dimensi. Ini memberikan kesan lebih lebar.

Profil kereta sport itu semakin utuh dengan padanan rim 19 inci. Rim 20 inci turut ditawarkan sebagai pilihan. Paduan Porsche Active Suspension Management (PASM) menyumbang kepada  gaya lebih rendah 20mm berbanding sebelumnya.

porsche-718-boxster-mekanika (6)Seperti 911, Boxster turut ditawarkan dengan pakej Sport Chrono bagi pengalaman pemanduan yang dinamik.

Porsche 718 Boxster adalah roadster pertama mempertaruhkan enjin empat silinder sejak produksi 968 dihentikan pada 1995.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button