Buletin

PEMERIKSAAN PERCUMA PROTON DI STESEN PETRONAS

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Proton akan menjalankan pemeriksaan percuma 30 poin ke beberapa stesen Petronas terpilih.

Proton-safety-check-CNY-mekanika (1)

Inisiatif tersebut merupakan kolaborasi dengan Petronas untuk kempen PETRONAS Coffee Break pada tahun ini.

Pemeriksaan percuma ini sah pada 4 hingga 6 Februari dari pukul 10am – 7pm. Pasukan Proton akan ditempatkan di tujuh stesen Petronas di Selangor, Johor, Kedah dan Pahang.

Program itu melibatkan pemeriksan bateri, penggilap cermin, operasi pedal, sistem suspensi, sambungan stereng, sistem pendingin hawa, brek, tekanan tayar dan banyak lagi.

Pemilik kenderaan Proton juga akan diberikan beg hadiah yang berisi limau Mandarin, paket angpau dan air mineral. Ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan Proton yang membolehkan pemilik membawa kenderaan ke pusat servis sah Proron untuk diperiksa.

Proton-safety-check-CNY-mekanika (3)

Lokasi pemeriksaan adalah seperti berikut:

  • Wilayah Tengah

–          Stesen Petronas NKVE Damansara

–          Stesen Petronas Lebuh Raya Silk

  • Lebuh Raya Utara-Selatan

–          Stesen Petronas Taman Nilam Sari

–          Stesen Petronas Bandar Anak Bukit

–          Stesen Petronas Tok Senik

  • Wilayah Selatan

–          Stesen Petronas Pasir Gudang Highway 3

  • Pantai Timur

–          Stesen Petronas Bentong R & R

Maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila hubungi talian: 1800 888 398 atau e-mel ke: [email protected]

Google ads
Back to top button