Motosikal

YOUNG MACHINE DEDAH WAJAH CBR1000RR

Majalah Jepun, Young Machine telah mengeluarkan imej generasi seterusnya Honda CBR1000RR Fireblade yang dijangka melakukan debut pada hujung tahun 2016.

2016-Honda-CBR1000RR (2)

Dalam segmen 1000cc boleh dilihat pengeluar yang lain sudah mula bertindak mengeluarkan model baharu. Antaranya Yamaha R1, BMW S1000RR dan Kawasaki H2. Di antara semua pembangunan ini, salah satu model popular membuatkan orang ramai terdiam.

Ia pastinya Honda CBR1000RR Fireblade. Bagaimanapun, keadaan berkenaan akan berubah tidak lama lagi. Menurut majalah Young Machine, pengganti model tersebut akan mengambil tempatnya  tahun ini.

Berdasarkan imej yang didedahkan, kemungkinan besar superbike tersebut akan menerima reka bentuk bahagian depan agresif. Rupanya tidak jauh beza sebagaimana yang dipamerkan pada konsep CBR250RR di Tokyo Motor Show 2015.

Rekaan fairing lebih aerodinamik. Perubahan paling besar adalah pada bahagian belakang. Honda memberikan jentera itu penampilan sporty dan lebih kecil di belakang. Peredam ekzos terus berada di bahagian bawah. Tetapi direka bentuk semula dengan paip berkembar.

Pada tahun 2008,  CBR1000RR yang direka bentuk semula diperkenalkan pada Paris International Motorcycle Show. Kali terakhir versi terkini Fireblade dilancarkan adalah dua tahun lalu. Enjinnya juga telah ditala bagi menawarkan kuasa tambahan dan rekaan badan yang dikemas kini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button