Buletin

SKODA 1100 OHC COUPE – MODEL KERETA LUMBA SPORT YANG DIBUAT SEMULA OLEH PEKERJA MUZIUM SKODA

Ini adalah sebuah model kereta sport lagenda daripada pembuat kereta Republik Czech, Skoda 1100 OHC Coupe yang telah dibuat semula oleh pekerja dari Muzium Skoda dan ŠKODA Auto Prototype Centre sebagai meraikan ulang tahun Škoda Motorsport ke 120 tahun pada tahun 2022 yang lalu.

Pasukan pembuat bermula dengan mengkondisikan semula bingkai, casis dan enjin asal dan membina semula badan mengikut dokumentasi sejarah pembuatannya. Dalam proses itu, mereka menggunakan teknologi terkini serta teknik tradisional dalam pembinaan badan.

Sedikit sejarah, model kereta sport dua pintu standard ini asalnya dibina berdasarkan model Škoda 1100 OHC telah pun diproduksi bermula tahun 1957 sehingga ke tahun 1960.

Selain daripada model standard Skoda 1100, sebetulnya Skoda juga telah membina model Skoda 1100 OHC Coupe yang hanya dibina sebanyak dua unit sahaja pada tahun 1959 dan 1960. Kedua Skoda 1100 OHC Coupe ini sememangnya digunakan untuk berlumba sebelum dipaksa untuk tidak lagi berlumba akibat perubahan kepada perubahan regulasi. Kedua model kereta sport ini telah pun dijual kepada pemilik persendirian sebelum khabarnya kedua model ini telah pun musnah akibat kemalangan jalan raya.

Perancangan untuk ŠKODA 1100 OHC (sebutan jenis dalaman 968), yang bertujuan terutamanya untuk perlumbaan litar tahan lasak bermula seawal musim bunga 1956. Menjelang akhir tahun 1957, model pertama daripada dua model awal dengan kerja badan GRP terbuka telah disiapkan. Kenderaan ini masih merupakan antara model kemuncak yang dipamerkan di Muzium ŠKODA di Mladá Boleslav.

Tentang model Skoda OHC Coupe ini, ia hanya mempunyai berat 555 kg terima kasih kepada casis yang ringan dan panel badan aluminium yang dihasilkan dengan menggunakan tangan. Enjinnya ialah unit empat silinder dari model Skoda 440 Spartak, dengan beberapa pengubahsuaian yang mampu menghasilkan kuasa 92 HP berbanding 40 HP.

Enjin ini terletak di belakang gandar hadapan untuk pengagihan berat yang hampir sempurna dan disambungkan ke kotak gear manual lima kelajuan. Jangan main – main, kereta kecil ini berupaya memecut sehingga 200 km/j.

BACA : SKODA FELICIA FUN – KENDERAAN YANG CUKUP UNTUK BERSERONOK DAN BERONOK RONOK

BACA : ŠKODA DAN SEJARAHNYA YANG PANJANG

Google ads

B K

"
"
Back to top button