Buletin

SKODA ELROQ – SUV EV PERTAMA DARI SKODA DENGAN KEUPAYAAN BERGERAK SEHINGGA 560 KM!

Pengeluar kenderaan dari Republik Czech Skoda Auto telah memperkenalkan sebuah model kompak SUV elektrik sepenuhnya, Skoda Elroq. Menariknya, ia bukan sahaja sebagai SUV BEV pertama dari Skoda, malah ianya juga model pertama yang menggunakan bahasa reka bentuk Modern Solid yang menggabungkan kekukuhan, fungsi dan juga keaslian.

Menurut Klaus Zellmer selaku CEO Skoda Auto, SUV kompak ini merupakan segmen yang paling berkembang dengan pesat dan popular di Eropah menjadikan Skoda Elroq ini sebagai sebuah model yang penting buat mereka kelak dengan menawarkan reka bentuk yang menarik serta mempunyai julat harga yang cukup berpatutan dalam segmennya malah menyamai harga model enjin pembakaran dalaman.

Menggunakan reka bentuk bahasa yang baharu, tema Tech-Deck Face pada bahagian hadapan telah menggantikan rekaan gril tipikal Skoda sebelum ini. Bahagian hadapan baharu juga dicirikan oleh bampar hadapan yang mantap dengan sisipan Dark Chrome yang unik, manakala grafik lampu utama “empat mata” SUV Škoda telah direka semula sepenuhnya.

Skoda Elroq juga merupakan model pertama yang menampilkan huruf Škoda pada kedua-dua bonet dan stereng. SUV BEV ini juga menampilkan badan aerodinamik yang luar biasa, dengan pekali seretan hanya 0.26. Ini dicapai melalui pelbagai elemen reka bentuk yang inovatif, membolehkan kelajuan tertinggi 180 km/j dicapai tanpa masalah.

Skoda Elroq ini mempunyai tiga varian dengan pek bateri berbeza. Output bermula pada 125 kW untuk model Elroq 50 peringkat permulaan. Elroq 85x mempunyai motor tambahan pada gandar hadapan untuk pacuan semua roda. Elroq 85 boleh mencapai jarak maksimum lebih daripada 560 kilometer pada kitaran WLTP.

Kadar pengecasan sehingga 175 kW di stesen pengecas pantas DC membolehkan bateri 82 kWj Elroq 85x dan pacuan roda belakang Elroq 85 mengecas semula daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa 28 minit. Peningkatan kecekapan dan kelajuan pengecasan serta ciri pemanasan awal yang dioptimumkan membawa pengalaman pelanggan ke tahap yang baharu.

Bahagian kabin menampilkan skrin sistem infohiburan bersaiz 13 inci paparan antara muka yang lebih intuitif kepada pengguna. Malah bahagian bagasi juga mampu menawarkan ruang sehingga 470 liter secara standard dan mampu mencecah 1,580 liter sekiranya barisan tempat duduk belakang dilipat.

Untuk pengguna di Eropah, ianya sudah boleh ditempah bermula sekarang dengan aras harga serendah 33,000 Euro (RM 154,697).

BACA : ŠKODA KODIAQ ARMOURED 2025, KALIS PELURU DAN TAHAN LETUPAN!

BACA : SKODA SUPERB SLEEPER EDITION – MUNGKIN INILAH DIA WAGON SEBENAR IDAMAN PARA KETUA KELUARGA

Google ads

B K

Back to top button