Motosikal

QUARTARARO SAMBUNG KONTRAK BERSAMA YAMAHA SEHINGGA 2024

Selepas pelbagai spekulasi, Juara MotoGP, Fabio Quartararo menandatangani penyambungan kontrak selama dua tahun bersama Yamaha.

Ia menyaksikan Quartararo akan kekal bersama pasukan Monster Energy Yamaha sehingga penghujung tahun 2024.

Selepas bersama pasukan satelit, Yamaha SRT, pelumba kelahiran Perancis berusia 23 tahun itu menyertai pasukan utama pada 2021, di mana dia menggantikan legenda, Valentino Rossi dan berjaya meraih kejuaraan.

“Quartararo menunjukkan kemahiran, tunggangan dan aksi konsisten setakat ini ketika dua tahun bersama pasukan Yamaha,” kata Yamaha dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, Quartararo sudah meraih enam kejuaraan dan 14 kali podium pada 2021 dan pada aksi musim ini.

Dia turut melakar tiga kemenangan dan 10 kali podium ketika bersama pasukan satelit. – MotoGP/HM

Google ads
Back to top button