
SKUTER ELEKTRIK TX 1800, TX 3000 DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 120KM
Jenama motosikal elektrik ikonik di bawah naungan pengeluar basikal Indonesia, PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI), hari ini secara rasmi melancarkan TX 1800 dan TX 3000 dalam pasaran tempatan.
Kedua-dua jentera tampil penuh gaya dan direka untuk tunggangan yang agresif serta menawarkan keselesaan kepada pengguna.

Skuter elektrik TX 1800 ditawarkan dalam enam warna iaitu:
- Sapphire Black
- Milano Red
- Electric Blue
- Matte Grey
- Pearl White
- Golden Yellow
Sementara, TX 3000 pula diserlahkan dengan lima warna:
- Sapphire Black
- Milano Red
- Electric Blue
- Matte Grey
- Pearl White

Dari segi penampilan, ia didatangkan bersama lampu LED sepenuhnya di depan dan juga belakang, skrin TFT digital selain terdapat pembesar suara dengan ketersambungan Bluetooth, port pengecasan USB, tempat duduk berengsel hidrolik serta storan di bawah tempat duduk yang sangat besar.
Bukan itu sahaja, melalui ketersambungan Bluetooth dengan aplikasi U-Key, pengguna juga boleh menggunakan butang kecemasan SOS, mengetahui status skuter dan lokasi parkir, selain boleh menghidupkan skuter secara terus dari aplikasi.
Beralih kepada kuasa, TX 1800 dijana oleh motor 60V 2000W dan tork maksimum 106Nm pada 100rpm.
Kelajuan maksimum TX 1800 dihadkan pada 75km/j sementara, daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 10.2 saat.
Untuk rekod, TX 1800 menawarkan jarak gerak sehingga 65km bagi setiap pengecasan penuh. Dimuatkan dengan satu bateri sahaja, ia boleh dicaj 0-80% selama 1 jam 30 minit.
Bagi TX 3000 pula, ia digerakkan oleh enjin 60W, berupaya menghasilkan 4200W dan tork 145Nm pada 125 rpm.
Model TX 3000 dibekalkan dengan dua bateri yang boleh dicaj 0-80% selama 4 jam, dengan jarak gerak ditawarkan adalah sekitar 120km.
TX 3000 berupaya mencapai kelajuan maksimum 90 km/j dan mempunyai daya pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 8.85 saat.
Bagi harga pula, tiada pendedahan dibuat mengenai harga skuter elektrik ini tetapi ia hanya akan diumumkan secara rasmi pada Disember nanti.
Sekiranya membuat tempahan awal, anda akan menerima topi keledar Artroniq dengan 1 tahun jaminan motor elektrik, 1 tahun penyelenggaran percuma, serta 3 tahun jaminan bateri.
GALERI:
TX 1800







TX 3000







- BACA: MFORCE LANCAR SKUTER ELEKTRIK BAHARU – YADEA E8S PRO
- BACA: TUNGGANG UJI: ZONTES 350E, SKUTER MAXI SERBA LENGKAP, TAPI HARGA RAHMAH
- BACA: KTM BAKAL LANCAR SKUTER ELEKTRIK? RATA-RATA KOMEN TAK BERKENAN DENGAN REKA BENTUK
- BACA: SKUTER MAXI DARI SEPANYOL, WOTTAN STORM-R 300 BAKAL TIBA DI PASARAN EROPAH, 26.5HP, HARGA BERMULA RM24K