Buletin

SKUTER MAXI DARI SEPANYOL, WOTTAN STORM-R 300 BAKAL TIBA DI PASARAN EROPAH, 26.5HP, HARGA BERMULA RM24K

Di Eropah, kini masyarakat di benua itu lebih memilih untuk memiliki skuter kerana kemudahan serta kepraktisan ditawarkan oleh jentera itu memenuhi keperluan harian mereka.

Sejak itu, skuter menjadi pilihan popular dan baru-baru ini syarikat berpengkalan di Sepanyol, Wottan, memperkenalkan Wottan Storm-R 300.

Walau bagaimanapun, Wottan bergantung pada syarikat dari China bernama Taro untuk pengeluaran produknya.

Wottan Storm-R 300 didatangkan bersama prestasi menjanjikan, ciri canggih termasuk suis hendal bar bercahaya, instrumen TFT yang menyediakan maklumat komprehensif serta keyless ignition system.

Dari segi prestasi, Wottan Storm-R 300 dilengkapi dengan enjin 278cc satu silinder, penyejukan cecair, suntikan bahan api, berupaya menghasilkan 26.5hp dan tork pada 23.25Nm.

Prestasi kuasa berkenaan membolehkan ia bersaing dengan skuter maxi seperti Yamaha XMAX dan Kymco X-Town, yang merupakan model popular di pasaran Eropah.

Wottan Storm-R 300 boleh dimiliki bermula seawal hujung Jun ini pada harga AS$5,245 (RM24,224), lebih murah sedikit berbanding Yamaha XMAX, AS$6,420 (RM29,650).

Google ads
Back to top button