Artikel Pilihan

SLEEPER CAR, BUKAN KERETA TIDUR, BUKAN SELIPAR TAPI KERETA BERKUASA. NAMPAK BIASA-BIASA

Beberapa tahun lepas, penulis diperkenalkan dengan satu konsep baru iaitu sleeper car. Nama sleeper ini menggambarkan perkataan ini berasal dari perkataan sleep. Sebenarnya ada sejarah bagaimana perkataan sleeper ini muncul dalam sejarah automotif iaitu satu perkataan berasal dari Britain dan satu lagi berasal dari Amerika.

Sleeper agent adalah perkataan Amerika yang merujuk kepada satu agen perisik yang berada di mana-mana tempat dan boleh digunakan sebagai aset jika diaktifkan. Jika dilihat dari luaran sleeper agent ini nampak seperti orang biasa, namun boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada satu organisasi lain. Sleeper car dalam Amerika merujuk pada kereta yang nampak biasa tapi power

Dari Britain pula, terdapat satu terma iaitu Q Ship yang merujuk kepada sebuah kapal dagang biasa yang dipasang dengan persenjataan untuk mengalahkan pihak musuh secara mengejut. Taktik ini digunakan pada permulaan perang dunia ke 2 bagi mengalahkan kapal selam tentera Nazi. Perkataan ini ditukar menjadi Q-Car bagi menggambarkan sleeper car

Jadi terma Sleeper Car adalah berasal dari perkataan Amerika dan juga perkataan Britain. Dari segi teknikal Sleeper Car adalah sebuah kereta yang dari segi luaran nampak selekeh macam kereta murahan lain, namun diperkasakan dari segi prestasi dengan pemasangan enjin berkuasa tinggi, brek prestasi tinggi serta beberapa ciri lain yang membolehkannya dipandu laju dengan selamba.

Mari kita lihan beberapa contoh Sleeper Car @ Q-Car yang masih dan pernah menjadi pujaan ramai peminat permotoran.

1. Mercedes AMG E63 Wagon – siapa sangka sebuah kereta wagon dengan but sebesar punggung badak memiliki enjin yang berkuasa besar. Enjin 4000cc V8 turbi berkembar ini menghasilkan 603 kuasa kuda dan 850Nm tork. Pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 3 saat sahaja dan kelajuan maksima ialah 273km/j.

2. BMW M340i Touring – merupakan sebuah BMW 3 Series Wagon yang dipadankan dengan 6 silinder sebaris 3000cc. Ia mampu menghasilkan 374 kuasa kuda dan 500Nm tork dengan bantuan turbo. Sistem AWD boleh berubah kepada sistem RWD jika ia mengesan anda ingin memandu secara agresif bagi menghasilkan pecutan 0-100 dalam masa 4.5 saat dan kelajuan maksimanya ialah 250km/j (ditetapkan secara elektronik)

3. Honda Accord Gen. 10 2.0 T- sebuah Honda Accord yang nampak skema macam pengawas yang menyikat rambut tepi, namun dipadankan dengan enjin 2000cc VTEC Turbo yang diambil dari Honda Civic Type R. Dengan kuasa 252 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi 10 kelajuan, dengan pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 6 saat. Di Amerika, ia turut ditawarkan dengan versi manual.

4. Toyota Camry TRD V6 – mungkin susah nak percaya yang kereta pilihan pakcik tua ni adalah sebuah sleeper car, namun bila dipadankan dengan enjin V6 3500cc ia mampu menghasilkan 300 kuasa kuda dan 362 Nm tork. Apabila dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik ia mampu memecut 0-100km/j dalam masa 5.8 saat. Lotus Evora menggunakan enjin yang sama tapi ditambah dengan supercaj untuk lebih kuasa.

5. Range Rover SV Autobiography – sebuah SUV besar dari Range Rover namun dikuasakan dengan enjin 5800cc V8 supercaj yang menghasilkan 557 kuasa kuda dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.1 saat. Tork yang dihasilkan oleh enjin ini juga cukup tinggi iaitu 680Nm sudah cukup untuk sebuah SUV

6. Audi RS6 Avant – susah juga nak panggil wagon ini sebagai sleeper car, sebab rekaan luarannya nampak ganas dengan garisan tajam serta rim bersaiz besar. RS6 Wagon ini bernadikan enjin 4000cc V8 turbo berkembar yang menghasilkan 592 kuasa kuda dan 714 Nm tork sebelum ia disalurkan pada transmisi 8 kelajuan automatik AWD. Pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 3.6 saat dan halaju maksima ditetapkan secara elektronik pada 250km/j

7. Lexus GS F – sebuah sedan premium dari subsidiari Toyota dengan enjin V8 5000cc yang menjana 467 kuasa kuda dan 527Nm tork. Transmisi 8 kelajuan automatik membenarkannya memecut dari 0-100 dalam masa 4.5 saat dengan halaju maksima ditetapkan pada 270km/j. Sebuah sedan premium dengan prestasi supercar.

8. Genesis G70 3.3 Turbo – siapa sangka sebuah jentera Korea di bawah subsidiary Hyundai mampu menghasilkan sebuah kereta sedan premium dengan 365 kuasa kuda. Enjin 3300cc V6 turbo ini menjana 510nm tork bagi memecut G70 dari 0-100km/j dalam masa 4.7 saat. Ia dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik dengan semua kuasa dihantar ke tayar belakang.

9. Volvo V60 Polestar – sebuah super wagon dari Sweden yang dipadankan dengan enjin 4 silinder turbo. Tapi wagon ini mampu menjana 367 kuasa kuda dan 470Nm tork. Semua kuasa dihantar ke semua tayar menerusi sistem BorgWarner AWD dan transmisi 8 kelajuan automatik. Ia mampu memcut dari 0-100 dalam masa 4.8 saat. Sistem suspensinya dipadakan dengan penyerap hentak Ohlins, terus dari kilang.

2007 MazdaSpeed6. (09/29/06)

10. Mazda6 MPS – juga dikenali dengan nama Mazdaspeed Atenza 6 dihasilkan dengan bantuan Mazda Design Europe. Ia dikuasakan dengan enjin pilihan 2300cc 4 silinder suntikan bahan api terus dan turbo bagi menghasilkan 272 kuasa kuda dan 380Nm tork. Namun enjin ini mampu melepasi tahap pencemaran asap Euro 5, menggunakan sistem AWD dan dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Ia menggunakan sistem Mazda Active Torque Split yang akan memisahkan kuasa antara roda depan dan belakang dari 50% -100% bergantung pada keadaan pemanduan. Mazdaspeed6 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.1 saat dan halaju maksima mencecah 240km/j

Google ads
"
"
Back to top button