
SMART MALAYSIA LANCAR KEMPEN ‘GO GREEN GO SMART’ – BERPELUANG NIKMATI PERCUTIAN MEWAH, DAPAT PENGECAS AC SMARTCHARGE BERNILAI RM3.2K
smart Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran kempen ‘Go Green Go smart’, inisiatif yang berperanan untuk memupuk masa depan lebih lestari dalam menggalakkan peralihan daripada kenderaan enjin petrol (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV).
Bersempena dengan kempen ini, pemilik boleh menukar kenderaan enjin petrol sedia ada dengan nilai yang hebat atau berpeluang menikmati percutian mewah 3 hari 2 malam berkonsepkan ala ‘glamping’ untuk empat orang.
Sebahagian daripada tawaran kempen ‘Go Green Go smart’ ini, pembeli juga bakal menerima Pengecas AC smartCharge percuma bernilai RM3,200 lengkap dengan jaminan 2-tahun serta pilihan pembiayaan dengan kadar faedah yang menarik serendah 1.15 peratus.
Insentif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan kepada pemilikan EV dan menjadikan mobiliti lestari lebih mudah bagi semua pihak.

Selain itu, kempen ini menegaskan komitmen smart Malaysia dalam memperluaskan infrastruktur pengecasan dengan mengurangkan rasa kebimbangan jarak bagi pemilik kenderaan elektrik serta meningkatkan pengalaman pemilikan secara menyeluruh.
Sementara, melalui insentif Pemilikan Premium ‘All- Inclusive smart’, smart memastikan setiap langkah perjalanan menuju mobiliti lestari adalah lancar dan bebas dari kebimbangan jarak untuk para pelanggan smart.
Tambahan pula, kempen ‘Go Green Go smart’ menekankan kepentingan penglibatan dan sokongan penuh komuniti sejagat.
Dengan memperkasakan komuniti pemilik EV smart dalam program ini, smart juga berhasrat untuk membina komuniti yang saling berhubung serta bersatu dalam usaha mencapai mobiliti lestari.
- BACA: WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA SENDIRI, TERLUPA TARIK BREK TANGAN
- BACA: CFMOTO 500SR VOOM DIDEDAHKAN – ENJIN 4-SILINDER, ‘TOP SPEED’ 230KM/J
- BACA: NISSAN X-TRAIL 90TH ANNIVERSARY DIPERKENAL DI JEPUN, X-TRAIL AUTECH PUN ADA!
- BACA: BAIC BJ40 PLUS DIPERKENALKAN – JANA 224PS, ANGGARAN HARGA BERMULA RM180K