Buletin

CHERY MALAYSIA SAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA, TAWAR PAKEJ SERVIS PERCUMA DUA TAHUN DAN BANYAK LAGI!

Sempena ulang tahun pertama Chery Auto Malaysia sejak memasuki pasaran automotif tempatan, ia kini menawarkan pelanggan Chery baharu dengan barangan menarik.

Pelanggan baharu Chery akan menikmati pakej penyelenggaraan perkhidmatan percuma selama dua tahun bermula 1 Mei – 30 Jun 2024.

Kempen ini akan ditawarkan merentasi barisan kenderaan SUV Chery Malaysia; OMODA 5, TIGGO 8 PRO serta OMODA E5.

Pakej ini adalah tambahan kepada tawaran sedia ada, yang termasuk perlindungan waranti 7 tahun (atau sehingga 150,000KM) dan perkhidmatan buruh percuma selama 5 tahun.

Sebagai bonus tambahan, pelanggan yang membeli TIGOO 8 PRO tujuh tempat duduk juga akan menerima sepasang Langkah Sisi Boleh Guna Automatik (Automatic Deployable Side Steps) bernilai RM2,999 secara percuma.

Perkembangan berkaitan, TIGGO 7 PRO yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bakal dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024 akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai armada Chery, layari www.chery.my

Google ads
Back to top button