Buletin

SSANGYONG TIVOLI XLV

Ssangyong mengeluarkan teaser Tivoli XLV yang bakal melakukan debut pada acara Geneva Motor Show 2016.

Ssangyong-XLV-concept

Dipamerkan sebagai model konsep hampir setahun lalu, kali ini imej teaser mendedahkan lakaran luaran versi produksi Ssangyong Tivoli XLV.

Ia menampilkan bahagian hujung hadapan yang identikal dengan Ssangyong Tivoli standard. Perubahan dapat dilihat pada sisi kenderaan apabila panjang model itu ditambah sebanyak 235mm. Manakala jarak roda masih kekal sama.

Walaupun bahagian kabin tidak didedahkan, kemungkinan reka bentuk adalah sama dengan Ssangyong Tivoli.

Ssangyong mengesahkan ruang simpanan di belakang menawarkan 720 liter. Soal mekanikal masih sama dengan enjin 1.6 liter petrol dan diesel. Pilihan transmisi ialah automatik atau manual enam kelajuan. Kemungkinan sistem AWD akan didatangkan bagi varian tertinggi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button