Modifikasi

HONDA JAZZ GE BODYKIT RS

Honda Jazz jelas berjaya mengisi segmen yang selama ini kurang disedari oleh pengeluar kereta lain. Dari sebuah kereta yang dikatakan feminin, kini Jazz sudah masuk ke generasi ketiga. Di Jepun, lebih 200,000 unit dijua sejak dilancarkan dua tahun lalu.  

Honda-Jazz-GE-RS-mekanika (11)

Sebenarnya trend pemilikan kereta di Jepun sudah banyak berubah. Orang membeli kereta kerana penggunaan bahan apinya. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, lima  tempat teratas dalam penjualan kereta diisi oleh kereta-kereta jimat minyak. Misalnya, Toyota Aqua (Prius C), Prius, Jazz Hybrid dan lain-lain.

Honda Jazz menepati ciri-ciri kereta bandar yang praktikal. Selain jimat minyak, teknologi yang diserapkan pada model kompak segmen B ni menjadikannya sebuah kereta yang berilusi sebesar segmen C.

Honda-Jazz-GE-RS-mekanika (12)

Tak percaya cuba anda pandu Jazz kemudian Civic. Mesti rasa lapang bila memandu kereta ini. Faktor ini disumbang dek bumbung yang tinggi, lantai rendah, dashboard ke depan dan cermin depan yang luas. Ilusinya, kereta ni lebih besar dalamannya.

Sekarang, apabila Jazz GK diperkenalkan, mulalah orang macam Joshowa sibuk bawa masuk segala bodykit. Katanya, sekarang yang paling cun ialah RS dan Mugen. Kata dia lah.

Honda-Jazz-GE-RS-mekanika (8)

Tapi bila saya perati balik model GK rasa macam tak boleh blah. Hati gua masih kata GE sebagai Jazz paling cantik. Mungkin sebab kereta tu baru sangat? Tapi saya tak boleh terima lagi konsep kereta bandar lampu sepet. Jazz mesti lampu mata besar!

Selain praktikal sebagai kenderaan harian., kereta ni juga kerap dibawa masuk trek di Thailand dan Jepun. Malangnya di Malaysia, enjinnya paling lemau sebab tak ada versi manual. Trend modifikasi manual mula menjadi-jadi pada model GD. Tpi belum lagi popular untuk model GE.

Honda-Jazz-GE-RS-mekanika (2)

Orang beli sebab kosmetik. GE ni memang cun dengan sikit sentuhan saja. Pilihan warna putih memang tepat kalau anda nak tambah dengan barang-barang gentian karbon.

Pertama sekali, kit badan kereta  ditukarkan kepada model Fit RS yang meliputi bahagian bumper depan, bumper belakang, skirting dan spoiler belakang. Kemudian, barang-barang itu dihantar celup karbon seperti spoiler belakang dan penambahan lips depan.

Honda-Jazz-GE-RS-mekanika (10)

Bonet depan jenis karbon tu dari Monza Carbon Shop, sama dengan fender tepi. Akhir sekali ialah gril depan RS yang kalau nak convert barang-barang ini harganya masih sangat munasabah daripada main K-Car atau barang Civic EK.

Main Jazz bukanlah seperti pengubahsuaian Kancil. Main Jazz memang simple. Lebih kepada wear and tear. Bahagian enjinnya nak modified apa? Kesimpulannya, kalau nak selamat, jangan usik enjin.

Honda-Jazz-GE-RS-mekanika (15)

Banyak lagi benda lain yang boleh tukar. Contohnya, dalaman dipasang dengan meter Defi. Bahagian luar kosmetik lebih penting apabila masukkan rim CE28 15 inci dengan spec yang  betul. 15 X 7jj, ET35. Kemudian, bubuh tayar Yokohama S-Drive 195/55r15. Memang cun melecun dah.

Baiklah. Apabila sudah diganti dengan model baru, Jazz GE nampak boleh dibeli di pasaran terpakai. Janji mileage bukan 500K atau bekas eksiden dan banjir, Jazz GE memang boleh harap tak banyak kerenah. Gearbox pun konvensional bukan CVT.

Honda-Jazz-GE-RS-mekanika (14)

Barang-barang JDM dah mula melimpah masuk dan harganya juga munasabah. Sebab di Jepun tengah banyak, manakala kedai potong dan runner semua pakat jual. Tak lama lagi bila dah pupus, tunggu je lah spoiler harga RM2,000 sebijik.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button