Buletin

CCB AUTOHAUS PJ DINAIK TARAF

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar sahnya, Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) pagi tadi melancarkan CCB Autohaus yang telah ditambah baik di Petaling Jaya.

Mercedes-Benz-Cycle-Carriage-Bintang-PJ-mekanika (11)

Penambahbaikan itu melibatkan pelaburan sebanyak RM43 juta. CCB Autohaus PJ kini menggunakan identiti kosporat (CI) terbaharu Mercedes-Benz demi menawarkan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggannya.

CCB PJ merupakan Autohaus terbesar milik CCB. Ia juga menjadi Autohaus pertama yang menampilkan reka bentuk jenama Wall Star terkini.

Mercedes-Benz-Cycle-Carriage-Bintang-PJ-mekanika (10)

Berkeluasan 150,210 kaki persegi, CCB PJ mampu menempatkan 21 buah kenderaan di ruang pameran. Di tingkat satu, terletaknya AMG Performance Centre. Autohaus PJ diuruskan oleh 36 orang kakitangan jualan dan 79 orang staf selepas jualan.

CCB PJ mempunyai 40 ruang penyelenggaraan untuk servis umum dan khas. Demi memberikan keselesaan kepada pelanggan, CCB PJ memiliki sebuah taman. Bukan itu sahaja, i-Showroom pula membolehkan pelanggan lebih memahami ciri-ciri yang ada pada kenderaan Mercedes-Benz dan proses jualan secara lebih interaktif.

Mercedes-Benz-Cycle-Carriage-Bintang-PJ-mekanika (12)

Mingu hadapan, CCB akan memperkenalkan Autohaus yang baru dinaik taraf di Georgetown, Pulau Pinang. Pada hujung Februari, bilik pameran di Jalan Tun Razak dipindahkan ke TREC KL.

“CCB akan membuka Autohaus yang ke-12 di Cheras pada pertengahan tahun ini. Kami akan melabur sebanyak RM30 juta lagi dalam tempoh dua tahun akan datang untuk menaik taraf beberapa Autohaus di Alor Star, Bukit Tengah, Juru, Ipoh, Mutiara Damansa dan Johor Bahru,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CCB, Datuk Wong Kin Foo.

Mercedes-Benz-Cycle-Carriage-Bintang-PJ-mekanika (13)

CCB memulakan kerjasama dengan Mercedes-Benz sejak tahun 1951. Ia kini mempunyai rangkaian pengedaran yang merangkumi 11 lokasi dengan tujuh buah Autohaus 3S, dua buah bilik pameran 1S dan dua pusat servis.

Setakat ini, CCB mewakili hampir 40 peratus jualan MBM. Biapun mengakui iklim ekonomi yang kian mencabar bagi tahun 2016, Wong bagaimanapun tetap optimis dapat mengekalkan peratusan tersebut berikutan pelancaran model-model menarik daripada Mercedes-Benz pada tahun ini.

Google ads
Back to top button