Buletin

STESEN KERETA API DI JEPUN DINAMAKAN DETECTIVE CONAN

Sebuah stesen kereta api di Jepun diberi nama sementara sebagai ‘Meitantei Konan’ yang bermaksud ‘Detective Conan’ bagi meraikan tayangan filem terbaharu kartun animasi detektif kanak-kanak popular itu.

Filem animasi tersebut diadaptasi daripada siri kartun manga yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Melalui transformasi tersebut, para penumpang melalui Laluan Meitetsu Inuyama di wilayah Aichi sehingga 30 Jun ini dapat melihat papan tanda terbaharu dipasang di hadapan stesen tersebut yang tertulis ‘Konan Station’.

Sebagai sebahagian daripada promosi, platform kereta api serta beberapa bahagian di stesen Meitantei Konan turut dihiasi dengan watak-watak daripada siri popular itu selain beberapa acara turut dirancang bagi menambahkan lagi keterujaan terhadap tayangan filem tersebut.

@l‹CƒAƒjƒu–¼’T’ãƒRƒiƒ“v‚̐Vì‰f‰æ‚̃Lƒƒƒ‰ƒNƒ^[AÔˆäGˆê‚ɕϐg‚µ‚½‹‘åƒ}ƒlƒLƒ“uƒiƒi‚¿‚á‚ñv‚P‚S“úŒßŒãA–¼ŒÃ‰®‰w‘O

Turut tidak terkecuali adalah sebuah patung yang menjadi lokasi titik pertemuan di stesen tersebut, Nana-chan, yang turut ditukar menjadi Shuichi Akai, watak seorang ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam filem terbaharu itu.

Patung berkenaan memegang senapang pada satu tangannya, serta turut dipakaikan dalam pakaian yang menyerupai watak tersebut sehingga 20 April ini. – japantimes/agensi 

Google ads
Back to top button