PENGGUNA TIKTOK BODOH DIBURU POLIS. RAKAM VIDEO ATAS LANDASAN KERETA API
Polis sedang menyiasat satu klip video yang tular di platform media sosial TikTok menunjukkan kebodohan pengguna berkenaan merakam video di atas laluan landasan kereta api.
Klip berkenaan memaparkan sebuah kereta berwarna hitam parkir di landasan terbabit dengan memasang tripod di bahagian hadapan lokasi penggambaran berdekatan Bromleys, Cross, Bolton, England.
Ia dihantar pada platform media sosial itu dengan kapsyen “Adakah anda akan mengambil risiko merakam gambar di mana orang lain tidak akan melakukannya?”
Kebodohan pengguna berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai yang tidak akan melakukan kerja membahayakan diri itu.
Bercakap mengenai klip mengejutkan tersebut, Pengarah Laluan North West Network Rail, Phil James berkata, ia merupakan satu kesalahan jenayah menceroboh laluan kereta api.
“ Tidak ada individu yang berhak menceroboh landasan kereta apatah lagi menjadikan sebagai latar belakang merakam gambar. Ia bukan sahaja mengancam nyawa diri sendiri tetapi orang lain.
“Ini merupakan tindakan bodoh pada tahap yang amat mengejutkan,” katanya.
Dia menjelaskan akan bekerjasama dengan polis trafik Britain untuk memastikan orang yang bertanggungjawab terhadap video tersebut dibawa ke muka pengadilan. -agensi
- BACA: MONUMEN SAVED BY THE WHALE’S TAIL SELAMATKAN KERETA API TERJATUH
- BACA: KERETA API LALU BAWAH JAMBATAN RENDAH, NILAI KEROSAKAN KERETA FORD CECAH RM8.2 JUTA
- BACA: POLIS SWITZERLAND CARI PENUMPANG KERETA API TERTINGGAL JONGKONG EMAS BERNILAI RM1 JUTA
- BACA: KEBODOHAN APAKAH INI? SIAP LANGGAR LAMPU MERAH LAGI