Buletin

SUBARU BRZ 2017 – ALAMI PERUBAHAN KETARA

Subaru kembali memperkenalkan model sports coupe BRZ untuk tahun 2017. Jentera itu dikatakan tampil dengan kemas kini yang lebih komprehensif untuk menarik minat pengguna di seluruh dunia.

BRZ menerima penambahbaikan dari segi luaran, dalaman, rangkaian kuasa, suspensi dan keselamatan.

subaru-brz-2017-mekanika-5

Sekali pandang, rupanya seakan-seakan tidak berubah. Tetapi, BRZ 2017 sebenarnya mempunyai badan yang lebih lebar dan rendah. Sekali gus meningkatkan prestasi pengendaliannya.

BACA: SUBARU IMPREZA V-LIMITED 555

BACA: TIADA LAGI FHI, SELAMAT DATANG SUBARU CORPORATION

Wajah BRZ diserlahkan dengan lampu utama LED sepenuhnya, pertama untuk model Subaru. Lampu belakang menerima rekaan baru. Spoiler belakang yang aerodinamik dipasang. Rim pula mengetengahkan rekaan aluminium sepuluh jejari.

subaru-brz-2017-mekanika-7

Di ruang kabin, paparan multi-info LCD berwarna bersaiz 4.2 inci telah ditambah pada panel instrumen. Ia memaparkan meter G force, sudut stereng, kuasa brek, catatan masa pusingan dan lengkuk kuasa/tork.

Stereng direka lebih kecil dan dibalut dengan kulit untuk memberi genggaman yang lebih mantap kepada pemandu. Peningkatan kualiti ruang dalaman dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan material berkualiti seperti kulit Alcantara.

subaru-brz-2017-mekanika-2

Di bawah bonet, enjin Boxer flat four bersesaran 2.0 liter itu mendapat blok silinder, camshaft baharu dan rocker arm lebih ringan. Bagaimanapun, janaan kuasa masih sama iaitu 197bhp. Menurut Subaru, perubahan pada enjin itu lebih kepada usaha untuk menawarkan pemanduan lebih responsif dan jimat bahan api.

Bagi pemanduan sporty mode TRACK berfungsi meningkatkan kestabilan kereta dan menawarkan lebih input kepada pendikit ketika jentera ini dipandu di litar. Dari segi keselamatan, BRZ dibekalkan dengan sistem beg udara generasi seterusnya.

subaru-brz-2017-mekanika-1

BRZ baharu dijangka dijual pada pertengahan tahun depan. Biarpun Subaru tidak menyatakan harganya, BRZ hanya akan hadir dalam satu varian sahaja iaitu SE Lux dengan kotak gear automatik atau manual.

Google ads
Back to top button