Buletin

PERODUA GLOBAL CATAT PENGELUARAN 250K KENDERAAN SEJAK OGOS 2014

Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB), kilang pembuatan kenderaan tercanggih di bawah kumpulan Perodua, telah berjaya mengeluarkan 250,000 unit kenderaan baru-baru ini sejak ia mula beroperasi pada Ogos 2014.

Daripada jumlah tersebut, 85 peratus ialah model Axia (sejak Ogos 2014), manakala 15 peratus lagi ialah Bezza (mulai Jun 2016).

perodua-global-manufacturing-mekanika-5

“Ini merupakan satu pencapaian bersejarah bagi seluruh kumpulan Perodua kerana warga kerja PGMSB telah bekerja keras untuk memastikan pesanan pelanggan dapat diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Untuk 10 bulan pertama tahun ini, Perodua telah menjual sebanyak 167,000 kenderaan dengan peratusan bagi model kenderaan Axia sebanyak 44 peratus. Diikuti oleh Myvi (24.9%), Alza (17.3%) dan Bezza (13.6%) sejak 21 Julai 2016.

perodua-bezza-manufacturing-mekanika-2

Mengenai model keluaran terbaru iaitu Bezza, Perodua telah menyerahkan lebih 22,000 unit sejak ia dilancarkan Julai lalu. Tempoh  menunggu bagi model ini ialah kurang dua minggu selepas pinjaman kenderaan diluluskan oleh institusi kewangan.

BACA: PERODUA RASMIKAN KILANG EEV PERTAMA DI MALAYSIA 

Jelas Aminar, Perodua kini sedang memaksimumkan penghantaran semua pesanan pelanggan. Ia sejajar dengan ikrar Perodua untuk menjadi pengeluar kereta kompak yang dapat menyerahkan kenderaan kepada pelanggan tepat pada masanya.

“Selain itu, kami juga sedang menjalankan beberapa kempen jualan kepada orang ramai. Sila kunjungi bilik pameran Perodua yang terdekat dan bertemu dengan wakil jualan kami yang sah untuk maklumat lanjut, ” katanya.

perodua-global-manufacturing-mekanika-4

PGMSB ditubuhkan pada 26 Februari 2013. Ia merupakan inisiatif Perodua untuk menjadi jenama automotif berdaya saing di peringkat global dan menjadi sebahagian daripada inisiatif transformasi Perodua.

Kilang PGMSB juga diperakui sebagai cekap tenaga oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana menggunakan tenaga yang minimum serta bahan kimia mesra alam.

PGMSB mempunyai 2,150 kakitangan dan mampu menghasilkan 200,000 unit kenderaan setahun dengan dua syif kerja.

Google ads
Back to top button