Buletin

SUBARU LEVORG STI SPORT R-BLACK LIMITED UNTUK JEPUN, VARIAN LAIN TURUT DIPERTINGKAT

Tahukah anda? Sekiranya berhajat anda boleh memiliki Subaru WRX Wagon dari pengedar rasmi atau Levorg dari pengimport bebas.

Kedua-duanya model sama dengan Levorg untuk Jepun, WRX Sportswagon dan WRX GT di pasaran luar.

Levorg dikeluarkan sejak 2020 dan terbaru Subaru memperkenalkan beberapa penambahbaik untuk pasaran Jepun dan pengenalan edisi istimewa STI Sport R-Black Limited yang diasaskan dari STI Sport R EX.

Subaru Levorg STI Sport R-Black Limited

Levorg Smart Edition EX menggunakan dalaman GT-H EX dengan mutu bahan yang lebih baik. Levorg Black Interior Selection dilengkapi pelapik bumbung dan tiang hitam.

Selain itu, skema warna Bordeaux dan kerusi kulit hitam digunakan pada STI Sport EX dan STI Sport R EX dan tampil sporti dan rekaan dalaman yang seragam.

Untuk bantuan pemanduan, Sistem Pengawasan Pemanduan dan Sistem Tindak Balas Pemandu Tidak Normal telah dipertingkatkan.

Subaru Levorg Smart Edition EX

Sistem Tindak Balas Tidak Normal Pemandu bukan hanya diaktifkan apabila stereng tidak dioperasikan dalam tempoh lama tetapi juga semasa pemandu melihat ke arah lain atau terlelap.

Lagi fungsi tambahan seperti pembrekan berkala yang memperingatkan pemandu melalui pembrekan berselang-seli dan sistem coast down.

Masa pengaktifan nyalaan lampu kecemasan semasa Sistem Tindak Balas Tidak Normal Pemandu berfungsi ditukar kepada serentak dengan permulaan kawalan nyahpecutan.

Subaru Levorg STI Sport EX

Sistem Kawalan Pengekalan Lorong dan Kawalan Stereng Boleh Suai Pengikutan Kenderaan Depan telah ditambah baik. 

Apabila memandu berhampiran tengah lorong di laluan lurus, stereng berasa lebih ringan untuk dikawal dan lebih berat di selekoh tajam atau berhampiran garisan putih untuk keselamatan.

Untuk edisi istimewa Levorg STI Sport R-Black Limited, beberapa bahagian dalaman tampil dengan balutan ala suede dan kerusi depan RECARO® dengan logo STI.

Perkakasan luar seperti cermin sisi, antena dan beberapa lagi dibuat dalam warna hitam.

Subaru Levorg STI Sport R EX

Ciri-ciri istimewa Levorg STI Sport R-Black Limited berbanding varian asas STI Sport R EX:

  • Cermin sisi dan antena hitam
  • Pelapik bumbung dan tiang hitam
  • Lencana LEVORG/Symmetrical AWD belakang warna Luster Black
  • Kerusi depan RECARO® dengan logo STI, balutan Ultrasuede® hitam dan sulaman merah
  • Balutan panel tengah dan panel pintu ala suede dan sulaman merah
  • Balutan kulit hitam dan sulaman merah pada konsol tengah, perehat tangan pintu
Subaru Levorg STI Sport R-Black Limited

Berkenaan rangkaian kuasa, pelanggan di Jepun ditawarkan dua pilihan iaitu enjin 1.8 liter turbo dengan kotak gear CVT Lineartronic yang menghasilkan 177 ps dari 5,200 sehingga 5,600 rpm dan 300Nm dari 1,600 sehingga 3,600 rpm.

Levorg STI Sport R-Black Limited dan dua lagi varian menggunakan enjin 2.4 liter turbo dengan kotak gear CVT Subaru Performance Transmission dan berkuasa 275 ps pada 5,600 rpm dan 375Nm dari 2,000 sehingga 4,800 rpm.

Subaru Levorg STI Sport R-Black Limited

Harga dan varian Subaru Levorg 2025:

1.8 liter turbo

  • Smart Edition EX: 3,630,000 yen (RM105,272)
  • GT-H EX: yen 3,795,000 (RM110,067)
  • STI Sport EX: yen 4,411,000 (RM127,935)
  • STI Sport EX Black Interior Selection: 4,411,000 yen (RM127,935)

2.4 liter turbo

  • STI Sport R EX: 5,093,000 yen (RM147,708)
  • STI Sport R EX Black Interior Selection: 5,093,000 yen (RM147,708)
  • STI Sport R-Black Limited: 5,368,000 yen (RM155,676)

    Google ads
    "
    "
    Back to top button