Buletin

GWM HAVAL H6 HEV CAPAI 1,000 UNIT PENGELUARAN

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mencatat sejarah baharu dengan pengeluaran unit ke-1,000 GWM HAVAL H6 Hybrid Electric Vehicle (HEV) di kilang EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang terletak di Melaka.

Langkah ini menegaskan dedikasi GWM untuk menyediakan kenderaan inovatif yang berkualiti tinggi sambil menyokong permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan hibrid di negara ini.

Sebagai simbol kemajuan dalam industri automotif tempatan, penghantaran unit ke-1,000 GWM HAVAL H6 HEV kepada pelanggan di seluruh Malaysia kini giat dijalankan.

SUV mesra alam ini telah menjadi pilihan utama bagi pengguna yang mengutamakan kecekapan bahan api dan kelestarian alam sekitar, dengan harga kompetitif.

GWM HAVAL H6 HEV: Pilihan Pintar Pengguna Malaysia
Dengan kombinasi teknologi inovatif dan reka bentuk moden, GWM HAVAL H6 HEV semakin dikenali sebagai SUV yang memenuhi keperluan pengguna masa kini.

Dijana oleh enjin hibrid turbo 1.5L, ia menghasilkan kuasa maksimum 243PS dan tork 530Nm, dengan prestasi pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 7.7 saat.

Penggunaan bahan api juga menjimatkan, iaitu 5.8L/100 km, memberikan jarak pemanduan sehingga 1,000 km untuk satu tangki penuh, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang sering melakukan perjalanan jauh.

SUV ini turut menampilkan ciri-ciri canggih seperti teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dan jarak roda sepanjang 2738 mm, menawarkan keselesaan maksimum kepada semua penumpang.

Dengan lima pilihan warna menarik—Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black—kenderaan ini memberi pilihan gaya yang sesuai dengan keperibadian pemiliknya.

Pengeluaran Dengan Standard Tinggi
Operasi pengeluaran GWM HAVAL H6 HEV di Malaysia dijalankan dengan piawaian tertinggi, dikendalikan oleh pasukan jurutera bertauliah dari GWM Global.

Menurutnya, proses pengeluaran yang teliti memastikan setiap unit memenuhi standard keselamatan dan kualiti antarabangsa.

Langkah ini bukan sahaja memperkukuhkan keyakinan pengguna terhadap jenama GWM, malah turut menyumbang kepada perkembangan pasaran hibrid tempatan.

Tawaran Menarik dan Sokongan Waranti
GWM HAVAL H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800, lengkap dengan pakej waranti yang menarik:

  • Waranti Enjin 10 tahun atau 1,000,000 km.
  • Waranti Sistem HEV 8 tahun atau 1,000,000 km.
  • Waranti Penuh Kenderaan 7 tahun atau 200,000 km.

GWM Malaysia mengajak anda untuk merasai sendiri kehebatan GWM HAVAL H6 HEV dengan mengunjungi bilik pameran berhampiran atau menempah pandu uji hari ini.

Jadikan kenderaan ini sebagai langkah pertama anda ke arah gaya hidup yang lebih mesra alam.

Google ads
"
"
Back to top button