Buletin

SUBARU SOLTERRA DIUJI DI PULAU ST HELENA – PULAU MILIK BRITISH YANG PALING TERPENCIL

Wilayah Luar Negara British yang terpencil di St Helena, 1200 batu dari pantai barat daya Afrika, telah dijadikan sebagai lokasi untuk percubaan tempat pengecasan kenderaan elektrik awam paling terpencil.

Ia adalah langkah terbaharu dalam rancangan untuk pulau tropika tersebut, yang pernah terkenal sebagai tempat buangan terakhir bagi Napoleon dan rumah kepada kura-kura Jonathan yang terkenal berusia 192 tahun, untuk beralih hampir keseluruhannya kepada kuasa mampan dan pengangkutan pelepasan sifar menjelang akhir tahun dekad ini.

Untuk itu, pengeluar kereta Subaru dan jenama pengecas kenderaan elektrik Norway Easee telah bekerjasama dengan Kerajaan St Helena untuk menguji kebolehlaksanaan, kebolehpercayaan dan kebolehsuaian penggunaan kenderaan elektrik di salah satu pulau yang didiami paling terpencil di planet ini.

Percubaan ini yang berlangsung selama 2 bulan, menampilkan unit Easee Charge dipasang di sebelah Muzium pulau di ibu negara, Jamestown. Ia disambungkan ke grid St. Helena oleh pembekal kuasa pulau Connect St Helena Ltd, dan digunakan untuk mengecas Subaru Solterra , model elektrik sepenuhnya, untuk merentasi landskap St Helena yang lasak.

Dengan hanya terdapat empat kenderaan elektrik yang sedang digunakan di St. Helena, dan tiada satu pun daripadanya merupakan generasi terkini dalam teknologi EV, Subaru Solterra 2024 telah diangkut dengan kapal bekalan bulanan yang rutinnya ke pulau itu untuk percubaan oleh Subaru UK.

Untuk rekod, St. Helena adalah ibarat rumah kepada kebanyakan model Subaru, yang terkenal dengan keteguhan dan kebolehpercayaan mereka, dan kehadiran kereta elektrik pertama syarikat itu menarik banyak perhatian.

Subaru Solterra dengan fungi pacuan semua roda ini telah diuji meliputi kondisi jalan raya yang berlumpur di Jamestown melewati lorong yang sempit dan juga landskap berbatu gunung berapi. Pemanduan harian melebihi 80 km menggunakan hanya 20% kuasa bateri sahaja. Dengan permukaan beralun dan berbukit bermakna bateri boleh dicaj semula dengan menggunakan teknologi brek regenerative.

Titik pengecasan Easee akan kekal di St. Helena akan kekal berada di situ sebagai sebahagian daripada tempat pengecasan yang kian berkembang di pulau itu bagi tujuan kegunaan kecil untuk penduduk dan juga pelancong yang menggunakan kereta elektrik yang di bawa masuk.

Ternyata, ianya menjadi serampang dua mata, sebagai promosi kenderaan elektrik di pulau itu dan juga model Subaru Solterra sendiri. Bijak bukan?

BACA : SUBARU SOLTERRA – SUV ELEKTRIK PERTAMA DARIPADA SUBARU

BACA : LEXUS RZ450E, KEMBAR TOYOTA BZ4X & SUBARU SOLTERRA

Google ads

B K

"
"
Back to top button