Pandu Uji

SUBARU WRX & WRX STI

Pengedar eksklusif kenderaan jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia baru sahaja melancarkan dua buah model yang sudah lama ditunggu-tunggu, Subaru WRX dan WRX STI. 

SONY DSC

Kedua-dua model itu dilihat membawakan aspek kemewahan, keselesaan dan kehalusan binaan sebuah sports sedan ke satu tahap yang baru.

Subaru WRX

SONY DSC

Subaru WRX dikuasakan oleh unit enjin Direct Injection Turbo (DIT) Boxer bersesaran 2.0 liter. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 268hp, ia dipadankan dengan kotak gear automatik Sport Lineartronic enam kelajuan bersama mode manual.

WRX 01

Menurut Subaru, sedan berkuasa tinggi itu telah direka semula agar lebih agresif, sebelum digabungkan dengan chasis yang tegar dan lincah. Tubuhnya kini lebih lebar dan dipasang dengan rim aloi bersaiz 17 inci.

SONY DSC

Kemewahan ruang dalaman diserlahkan menerusi penggunaan material berkualiti tinggi, tempat duduk jenis bucket dengan jahitan benang berwarna merah dan barisan teknologi termaju. Konsol tengahnya pula menempatkan semua butang kawalan yang direka lebih elegan bersama kemasan besi dan karbon.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1992, WRX sudah menerima sambutan hangat daripada peminat kereta di seluruh dunia atas prestasi yang mampu ditawarkannya.  

 SONY DSC

Subaru WRX STI

Jika anda rasa WRX biasa tidak cukup power, beli sahaja varian WRX STI. Jentera ini tampil dengan enjin paling berkuasa dalam kelasnya, Boxer bersesaran 2.5 liter. Digabungkan bersama kotak gear manual enam kelajuan dengan shifting pendek, kuasa maksimum yang mampu dihasilkan adalah sekitar 296hp.   

SONY DSC

Perbezaan di antara kedua-dua model ini dapat dilihat dengan ketara. Varian WRX STI hadir dengan bodykit lebih lengkap, seperti spoiler belakang, emblem STI dan rim aloi bersaiz 18 inci berwarna hitam gunmetal.

SONY DSC

Bukan sebuah Subaru WRX jika ia tidak dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda yang lebih dikenali sebagai Symmetrical All-Wheel Drive. Bagi menawarkan kualiti pemanduan terbaik, sistem Variable Torque Distribution, Vehicle Dynamics Control dan Active Torque Vectoring turut dipasang.

WRXSTI 02

Melihat ciri keselamatan pula, kedua-dua varian ini dilengkapi sistem brek ABS empat saluran dengan EBD, Break Assist, Hill Start Assist, ISOFIX dan tujuh beg udara.

Subaru WRX boleh anda miliki pada harga RM229,800 seunit. Sementara WRX STI berharga RM269,800 sebuah. Plihan warna terdiri daripada perak, putih, merah, hitam dan biru. Tempahan sudah boleh dibuat di mana-mana bilik pameran Subaru di seluruh negara.

 SONY DSC

Sebelum pulang, para hadirin dihiburkan oleh persembahan pemandu stunt terkemuka dari United Kingdom, Russ Swift. Kalau tengok memang rasa tak puas hati dengan pakcik ni, macam senang-senang sahaja dia buat J turn, donut dan macam-macam lagi. Huh!
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCWRX 02WRX 04

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button