Buletin

BMW X5 CKD – RM539,800

BMW Group Malaysia semalam memperkenalkan model Sports Activity Vehicle (SAV) terlarisnya, BMW X5.

BMW-X5-CKD-mekanika (1)

SAV premium itu menjadi varian BMW yang ke-15 dipasang dalam negara. Ia menjadi bukti komitmen syarikat untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia yang telah menjadi hab buat BMW Group selama lebih satu dekad.

“Hari ini, kami berbangga kerana sekali lagi memperkenalkan ‘The Boss’, model BMW X5 yang kini dihasilkan di Malaysia. Ia mencipta sejarah untuk kami bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

BMW-X5-CKD-mekanika (35)

Beroperasi sejak tahun 2008, kilang pemasangan milik BMW Group Malaysia di Kulim, Kedah menjadi penyumbang utama dalam kejayaan jenama BMW di Malaysia. Sehingga kini, kilang tersebut telah mengeluarkan lebih 8,000 unit kenderaan.

BMW X5 ditawarkan dalam dunia varian iaitu BMW X5 xDrive35i dan BMW X5 xDrive30d. BMW X5 disifatkan sebagai sebuah kenderaan yang menawarkan keseimbangan sempurna di antara reka bentuk, sporty dan prestasi agresif di atas apa jua permukaan jalan. Di samping aplikasi teknologi termaju daripada BMW EfficientDynamics dan BMW ConnectedDrive.

BMW-X5-CKD-mekanika (37)

Reka bentuk BMW X5 menggabungkan karekteristik model X yang sporty dan elegan. SAV ini turut menampilkan ciri-ciri aerodinamik dengan tahap pekali seretan 0.31cd, terbaik dalam segmennya. BMW X5 dijana oleh teknologi BMW TwinPower Turbo yang dipadankan engan transmisi automatik lapan kelajuan.

BMW X5 xDrive35i dikuasakan oleh enjin petrol enam silinder sebaris. Ia mampu menjana kuasa sehingga 225 kW / 306 hp dan tork maksimum 400Nm. Kuasa ini membolehkan enjin mencatat pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.5 saat. Penggunaan bahan api sekitar 8.5 liter dan emisi C02 199 gram untuk setiap 100 kilometer.

BMW-X5-CKD-mekanika (31)

BMW X5 xDrive30d pula dijana oleh unit enjin diesel enam silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 190 kw / 258 hp dan tork puncak 560Nm. Kuasa ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat. Kadar emisi karbonnya dikurangkan kepada 164g/km dan penggunaan bahan api hanya 6.2 liter bagi setiap 100 kilometer.

Di bahagian kabin, BMW X5 xDrive35i kini dilengkapi bumbung kaca panoramik. Sistem hiburannya terdiri daripada dua unit monitor paparan 9.2 inci untuk penumpang belakang yang boleh dikawal menerusi alat kawalan jauh.

BMW-X5-CKD-mekanika (18)

BMW xDrive30d pula ditambah dengan tempat duduk baris ketiga, sekali gus menukarnya menjadikan menjadi SAV berkapasiti tujuh orang penumpang.

Aspek keselamatan BMW X5 dipertingkatkan menerusi aplikasi Driving Assistant. Ia merangkumi ciri-ciri seperti Lane Departure Warning, Forward Collision Warning dan City Collision Warning Mitigation.

BMW-X5-CKD-mekanika (30)

BMW X5 xDrive35i dan BMW X5 xDrive30d akan berada di semua pengedar BMW di seluruh Negara bermula 30 dan 31 Ogos 2014. Harga yang ditawarkan ialah RM579,800 untuk varian BMW X5 xDrive35i dan RM539,800 (BMW X5 xDrive30d).

Harga di atas jalan (tidak termasuk insurans) bersama BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI).
[hr]GALERI

BMW-X5-CKD-mekanika (2)BMW-X5-CKD-mekanika (3)BMW-X5-CKD-mekanika (5)BMW-X5-CKD-mekanika (10)BMW-X5-CKD-mekanika (12)BMW-X5-CKD-mekanika (34)BMW-X5-CKD-mekanika (32)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button