Buletin

MERCEDES-BENZ S 600 GUARD

Mercedes-Benz baru-baru ini memperkenalkan varian terbaharu dalam rangkaian model perlindungannya iaitu S 600 Guard yang dibina berasaskan kepada S-Class baharu.

Mercedes-benz-S-600-Guard-mekanika (2)

Menerusi S 600 Guard, Mercedes-Benz menjadi pengeluar yang paling banyak menawarkan rangkaian kereta dengan aspek perlindungan khas. Varian Mercedes-Benz Guard kini terdiri daripada model S, E, M dan G-Class.

Mercedes-benz-S-600-Guard-mekanika (11)

Kenderaan mewah ini memiliki keteguhan dan kestabilan luar biasa. Kerangkanya dibina menggukana keluli khas yang menawarkan perlindungan sepenuhnya daripada serangan balistik.

Mercedes-benz-S-600-Guard-mekanika (14)

Bahagian dalam kacanya disalut dengan polikarbonat, tanpa menjejaskan kualiti pandangan. Semua material keselamatan yang digunakan bukan sahaja menjadikan S 600 Guard kalis peluru, malah memberi perlindungan daripada bahan-bahan letupan.

Mercedes-benz-S-600-Guard-mekanika (5)

Dengan sistem perlindungan yang kukuh dan sofistikated, S 600 Guard berjaya memenuhi segala kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan di Jerman. Ia juga menjadi kenderaan pertama yang diberi penarafan perlindungan balistik tertinggi, VR9.

Biarpun begitu, S 600 Guard sukar dibezakan dengan model standard walaupun jika  dilihat secara teliti.  

Mercedes-benz-S-600-Guard-mekanika (1)

Selari dengan keupayaan perlindungannya, sedan mewah ini dijana oleh unit enjin petrol V12 penuh kuasa yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 630hp dan 830Nm tork. Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-TRONIC.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button