Motosikal

PRODUCT RECALL GANTI SWINGARM KEEWAY XDV180 EVO

Keeway Malaysia mengumumkan program product recall bagi motosikal Keeway XDV180 Evo. 

Menurut pihak Keeway dalam satu kenyataan, product recall tersebut dilaksanakan selepas mengenal pasti berlaku isu ketahanan pada komponen swingarm assembly. Difahamkan, sebanyak 5,000 unit XDV180 Evo terkesan dengan kempen ini. 

Inisiatif terbaru ini adalah memastikan motosikal berada dalam tahap ketahanan dan keselamatan yang terbaik di sepanjang penggunaan. 

Justeru, pihak Keeway Malaysia akan menggantikan bahagian komponen tersebut dengan yang baharu yang telah dipertingkatkan dari segi ketahanan dan kestabilan. 

Semua pemilik XDV180 Evo diminta membuat semakan status motosikal menerusi pautan berikut: https://productrecall.mforceservice.my/.

Proses penggantian swingarm ini akan dilaksanakan secara percuma. 

Google ads
Back to top button