BuletinMotosikal

SUZUKI GSX-R125 DAN GSX-S125 – MAAF SEKALI LAGI, BUKAN DI SINI TETAPI DI UK

Sebelum ini kami pernah siarkan mengenai Suzuki GSX250R yang bukan dilancarkan di dalam negara tetapi di United Kingdom. Motosikal itu dijual pada harga (RRP) GBP 4,299 atau RM 24,067.58.

Nampaknya bukan setakat GSX250R sahaja yang dijual malah Suzuki bakal menawarkan dua buah lagi famili GSX iaitu GSX-R125 dan GSX-S125. Maaf sekali lagi, sama seperti GSX250R ia untuk pasaran UK dan bukan di dalam negara.

Menurut Suzuki, motosikal ini walaupun kecil tetapi menawarkan nisbah berat kepada kuasa dan prestasi pecutan terbaik dalam kelasnya. Ia dibangunkan dengan dedikasi sama seperti model GSX-R lain yang telah dihasilkan melebihi sejuta unit lebih dari 30 tahun lalu.

BACA: SUZUKI GSX1000SD KATANA SUDAH SEDIA UNTUK BERLUMBA!

Berikut ialah ciri-ciri utama Suzuki GSX-R125/GSX-S125

  • Silinder tunggal DOHC
  • Silinder itu menggunakan bahan nickel-phosphorus-silicon-carbide yang telah teruji di litar lumba
  • Throttle body (TB) 32mm
  • TB dengan enam sensor, penyuntik (injector) empat lubang – Mengoptimumkan penghantaran minyak dalam pelbagai keadaan
  • Kotak udara berukuran 4.3 liter
  • Kerangka slim yang menjadikan motosikal ini paling ringan dalam kelasnya – 134kg sahaja
  • Meter LCD dengan pelbagai maklumat termasuk lampu indikator untuk gantian minyak
  • Lampu utama dan belakang LED
  • GSX-S125 pula berkonsepkan naked bike

BACA: SUZUKI VINTAGE PARTS – PROGRAM ALAT GANTI MOTOSIKAL LAMA OLEH SUZUKI

Suzuki GSX-R125 dan GSX-S125 hanya boleh didapati di pengedar UK bermula September ini. Harga pelancaran GSX-R125 ialah GBP 3,999 atau RM 22,272.32 manakala untuk GSX-S125 pula dari GBP 3,699 atau RM 20,601.48.

Nampaknya harga Suzuki GSX-R125 tidak jauh berbeza dengan Suzuki GSX250R iaitu (RRP) GBP 4,299.

Gambar Suzuki GSR-S125:

Gambar Suzuki GSX-S125:

Google ads
Back to top button