Buletin

NISSAN GT-R R34 V-SPEC II Nür R-TUNE – RM1.03 JUTA, KASTA TINGGI SELEPAS GT-R NISMO Z-TUNE 

Generasi Nissan GT-R R35 mungkin dianggap sebagai Godzilla paling laju. Tetapi dalam dunia para pengumpul kereta, Skyline R34 ialah model yang nilainya semakin mencanak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Antara sebab yang menyumbang kepada situasi itu ialah pelbagai model esidi khas yang dibina sepanjang tempoh Skyline R34 diproduksi.

Dalam semua R34 yang dihasilkan, model GT-R Nismo Z-Tune nampaknya kekal sebagai jentera yang paling berharga. Buktinya, harga kereta tersebut pernah mencecah AS$575,000 (RM2.46 juta)!

Itu harga untuk GT-R Nismo Z-Tune. Tetapi tahukah anda bahawa model di bawahnya ialah V-Spec II Nür Nismo R-Tune yang dilapor hanya 25 hingga 30 unit dihasilkan oleh Nissan.

Pada November 2001, Nissan menawakan V-Spec II Nür, terhad kepada 718 unit sahaja di seluruh dunia. Ia kemudian diikuti oleh M-Spec II Nür, jentera yang lebih sesuai untuk kegunaan di atas jalan biasa dan terhad kepada 285 unit sahaja.

Dikeluarkan bersama enjin spesifikasi Super Taikyu N1, ia mempunyai speedometer 300km/j. Hanya terdapat 159 unit V-Spec II Nür berwarna putih QM1 pernah dihasilkan dan ia habis dijual dalam masa sehari sahaja di Jepun.

Bagi pemilik V-Spec II Nür yang mahukan prestasi lebih hebat, Nismo menawarkan naik taraf R-Tune pada harga sekitar AS$39,000 (RM167,000). Hanya beberapa unit yang dihasilkan.

Dengan talaan R-Tune, enjin RB26 pada Skyline R34 dikatakan mampu menjana kuasa sehingga 450hp. Jentera yang anda lihat ini kini dijual oleh firma 4 Star Classic di United Kingdom.

Harga yang ditawarkan ialah AS$241,177 (RM1.03 juta), lebih mahal daripada sebuah Ferrari 430 Scuderia yang turut dijual oleh 4 Star Classic. Memang harganya tidak murah. Tetapi kalau harga terus naik macam model Z-Tune, ini boleh jadi satu bentuk pelaburan yang bijak.

GALERI

Google ads
Back to top button