Buletin

SUZUKI SWIFT 2017 – PROTON TAK MAU REBADGE YANG INI?

Beberapa keping gambar brosur model kompak Suzuki Swift generasi seterusnya telah timbul di internet baru-baru ini. Menerusi imej terbaharu itu, ia menunjukkan dengan jelas rekaan badan Swift yang dilihat lebih moden dan menarik berbanding model terdahulu. Bahagian hadapannya dibezakan menerusi lampu utama yang lebih kecil, gril dan bampar dengan rekaan baru, serta lampu kabus. suzuki-swift-2017-brochure-mekanika-1 Tiang A dan C juga digelapkan. Lampu belakang tampil lebih kemas. Manakala ruang kabin menggunakan kluster meter sporty, corong pendingin hawa berbentuk bulat, di samping reka letak papan pemuka yang lebih premium. BACA: SIAPAKAH SEBENARNYA MICHIO SUZUKI? BACA: SUZUKI SWIFT CULTUS GTI Di pasaran Jepun, Swift akan ditawarkan dalam enam varian iaitu Hybrid RS, RSt, RS, Hybrid ML, XL dan XG. Model kei kar itu akan digerak menggunakan pilihan enjin 1.0 liter turbo atau enjin DualJet twin-injector bersesaran 1.2 liter bersama pacuan roda hadapan atau empat roda. suzuki-swift-2017-brochure-mekanika-3 Enjin-enjin itu kemudian akan dipadankan dengan sama ada kotak gear manual lima kelajuan, automatik enam kelajuan atau CVT. Swift baharu berkongsi platform dengan model SUV Baleno. Menggunakan platform baharu, ia dikatakan 100kg lebih ringan. Pastinya dapat menawarkan lebih prestasi dan penjimatan. Jentera itu dijangka melakukan debut dunia pada acara Geneva Motor Show pada Mac tahun depan. suzuki-swift-2017-brochure-mekanika-2 Suatu masa dahulu, Suzuki Swift menjadi antara model kompak yang popular di Malaysia. Tapi itu semua sudah tinggal sejarah, apabila jenama dari Jepun itu akhirnya berkubur di sini. BACA: SUZUKI BERKUBUR DI MALAYSIA Dengan Proton kini sudah bekerjasama dengan Suzuki menerusi produk pertamanya iaitu Ertiga, adakah Swift akan menemui pengguna tempatan nanti? Sama-sama kita nantikan. Setakat ini, masih belum nampak bayang lagi…

Google ads
Back to top button