Buletin

NISSAN TEANA NISMO PERFORMANCE PACKAGE KINI DI MALAYSIA

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) semalam mengumumkan pameran perdana model Nissan Teana NISMO Performance Package baharu. Jentera tersebut diperkenalkan olah pemandu pasukan perlumbaan NISMO, Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli dalam satu majlis prebiu media di Pusat 4S ETCM Glenmarie. nissan-teana-nismo-performance-package-mekanika-4 Nissan Teana NISMO Performance Package menampilkan pelbagai aksesori yang direka khusus. Tempahan sudahpun dibuka dan penghantaran rasmi dijadual bermula Januari 2017. NISMO merupakan salah satu jenama sukan bermotor yang terkenal di dunia. Ia menawarkan teknologi sukan bermotor termaju, keupayaan prestasi dinamik dan reka bentuk sporty yang tersendiri. nissan-teana-nismo-performance-package-mekanika-2 Naik taraf Nissan Teana NISMO Performance Package hadir dalam dua pakej iaitu NISMO Performance Package dan NISMO Aero Package. Ia ditawarkan kepada semua varian Nissan Teana yang hadir dalam lima warna – biru (Storm Blue), putih (Brilliant White), hitam (Diamond Black), perak (Tungsten Silver) dan emas (Bronze Gold). Nissan Teana NISMO Performance Package boleh dibeli pada harga RM16,960 manakala Nissan Teana NISMO Aero Package pula berharga RM6,201. nissan-teana-nismo-performance-package-mekanika-5 Nissan Teana ialah sedan bersaiz besar global buat Nissan. Ia diterima baik oleh pengguna kerana prestasi, kemewahan, kualiti premium dan keselamatan yang mendahului kelasnya. Baru-baru ini, Nissan Teana dianugerahkan Best Overall Car dalam acara ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2016 dengan penarafan lima bintang untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP). Teana 2.5XV menawarkan kuasa maksimum 173hp dengan tork 234Nm. Manakala varian 2.0XL dan 2.0XE yang menggunakan enjin empat silinder mampu menjana kuasa 136hp dan tork 190Nm. nissan-teana-nismo-performance-package-mekanika-1 Ia dilengkapi enam beg udara SRS dan sistem Electronic Stability Control Nissan, dikenali sebagai VDC (Vehicle Dynamic Control), TCS (Traction Control System) dan AUC (Active Understeer Control). Nissan Teana NISMO Performance Packages dipasang di kilang, mematuhi Standard Kualiti Global Nissan dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau 10,000km (mana-mana tiba dahulu). Maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web: www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button