Buletin

SUZUKI SWIFT RS – RM80,000

Selepas agak lama menyepikan diri, Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) semalam memperkenalkan varian terbaharu model kompaknya, Swift RS ke pasaran tempatan. 

Suzuki-Swift-RS-RM80,000-mekanika (8)

Berkongsi DNA sama dengan model terdahulu, Swift RS tampil berbeza melalui warna dan penambahbaikan dari segi teknologi. Ia juga tetap menawarkan prestasi pemanduan yang dinamik.

Apa yang pasti, warna hitam merah pada bahagian bumbung, pelekat pada sisi badan, bodykit dengan garis warna merah, lampu DRL LED, rim aloi aluminium bersama kemasan ‘gun metallic’ bersaiz 16 inci dan emblem RS menyerlahkan penampilannya berbanding Swift yang biasa kita lihat di atas jalan raya.

Suzuki-Swift-RS-RM80,000-mekanika (13)

“Selari dengan falsafah Suzuki yang membawakan keterujaan, Swift RS menawarkan lebih gaya dan pastinya dapat menarik minat golongan muda,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Suzuki-Swift-RS-RM80,000-mekanika (18)

Bahagian dalaman Swift RS direka agar lebih sporty dengan tempat duduk dibalut kulit berwarna hitam dan merah. Di samping kemasan garis merah pada panel pintu. Ruang kabin juga dilengkapi sistem audio 2-DIN dengan skrin sentuh dan kamera undur jenama Kenwood, ketersambungan Bluetooth bersama mikrofon serta ciri True Mirroring dengan telefon pintar (item tambahan diperlukan).

Suzuki-Swift-RS-RM80,000-mekanika (15)

Aspek mekanikalnya bagaimanapun tidak berubah. Tawaran terbaharu SMA ini tetap menggunakan khidmat enjin bersesaran 1.4 liter dengan kuasa maksimum 95PS @ 6,000rpm dan tork 130Nm @ 4,000rpm. Kuasa daripada enjin itu kemudian disalurkan ke roda hadapan oleh kotak gear automatik empat kelajuan.

Suzuki-Swift-RS-RM80,000-mekanika (21)

Swift RS ditawarkan pada harga RM79,388 (di atas jalan tidak termasuk insurans).  Jaminan yang diberikan adalah selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Manakala jaminan pelekat RS pada bumbung adalah selama dua tahun.

SMA mensasarkan untuk menjual 500 unit Swift RS setahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button