Buletin

TOYOTA BUKA PUSAT 3S DI TAWAU

UMW Toyota Motor meneruskan usaha menaik taraf kemudahannya menerusi pembukaan pusat 3S di Tawau, Sabah baru-baru ini. 

Toyota-3S-Tawau-mekanika (4)

Cawangan terbaharu itu menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti untuk jumlah pelanggan Toyota yang kian meningkat di sana. Kemudahan yang melibatkan pelaburan sebanyak RM9 juta itu dibina di atas sebidang tanah seluas 2.25 ekar dengan kapasiti ruang 30,000 kaki persegi.

Ia memiliki ruang pameran yang mampu menempatkan sehingga enam buah kenderaan, lounge lengkap dengan kemudahan internet dan pusat servis yang boleh menyelenggara sehingga 60 buah kenderaan setiap hari.

Toyota-3S-Tawau-mekanika (1)

Pusat 3S itu dikendalikan oleh 22 orang staf jualan serta 27 kakitangan selepas jualan di bawah pimpian Pengurus Cawangan, Richard Lo Chee Heung dan Pengurus Operasi Khidmat Pelanggan, Donovan Constantine Lidong.

Pelancaran pusat 3S Tawau yang baru dinaik taraf ini dilihat amat penting kerana cawangan tersebut menyumbang lebih 11 peratus daripada jualan keseluruhan di Sabah pada tahun 2013.

Toyota-3S-Tawau-mekanika (2)

Ia juga bertanggungjawab menyelenggara lebih 14,500 buah kenderaan yang menyumbang kira-kira 13 peratus daripada 108,000 kenderaan yang diservis pada tahun lalu.

“Kami percaya bahawa industri automotif akan terus berkembang. Justeru, UMW Toyota Motor merancang untuk melabur lebih RM500 juta bagi tujuan pengembangan rangkaian demi memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan Toyota di Malaysia.

Toyota-3S-Tawau-mekanika (3)

“Kami akan mengukuhkan operasi untuk mencapai sasaran jualan lebih 100,000 unit bagi menguasai pasaran kira-kira 15 peratus,” kata Presiden of UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

UMW Toyota Motor kini memiliki 92 buah rangkaian jualan dan selepas jualan yang ekstensif termasuk pengedar di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button