Artikel PilihanBuletinMotosikal

SUZUKI V-STROM 250 KINI DI PASARAN – RM 25K SAHAJA, MAAF, UNTUK UK

Apabila Kawasaki melancarkan Versys-X 250, mood pasaran nampak positif memandangkan ia adalah motosikal serba-boleh dari jenama terkenal dengan sesaran enjin paling kecil di pasaran. 

Harganya pula mesra pengguna yang sangat sesuai digunakan sebagai motosikal asas sebelum berhijrah ke jenis berkuasa tinggi.

Setakat ini, belum ada lagi pengeluar yang benar-benar menyaingi Versys-X 250.

Tetapi tidak di luar negara atau United Kingdom khususnya. Motosikal berkuasa sederhana mempunyai banyak saingan dengan yang terbaru dari Suzuki iaitu V-Strom 250.

Memandangkan Suzuki tempatan sudah menghentikan operasi moped dan skuter, tiada berita mengenai motosikal jenis ini. Paling kecil pun Suzuki Burgman 400.

Diikutkan Suzuki mempunyai beberapa motosikal kecil dan sederhana yang sangat menarik untuk dipasarkan seperti GSX-R125, GSX-S125 dan GSX250R pada harga lingkungan harga mampu milik.

Setakat ini ketiga-tiga motosikal itu mampu lihat sahaja kerana ia dipasarkan di luar negara. Malah koleksi motosikal mampu lihat sudah bertambah kepada empat melalui pelancaran V-Strom terbaru ini. Ia dibangunkan untuk berulang-alik di antara bandar dan juga pengembaraan ke serata tempat.

Suzuki V-Strom 250 menggunakan enjin 248 cc parallel twin berkuasa 25PS pada 8,000 rpm dengan tork 23.4 Nm pada 6,500 rpm. Untuk perlindungan semasa perjalanan jarak jauh, V-Strom 250 dilengkapi kit badan dan skrin yang telah diuji melalui terowong angin. Dan seperti biasa, terdapat juga beberapa aksesori untuk pelbagai guna dan fungsi.

Meter bacaan dari jenis LCD yang mengandungi maklumat penting seperti sukatan minyak, purata penggunaan minyak, indikator gear, dua meter perjalanan, odomoter, takometer, kelajuan, jam dan makluman penukaran minyak hitam.

Walaupun sudah dihebahkan, Suzuki hanya akan mula diserahan kepada pengedar bermula Oktober ini. Harga yang diperkenankan ialah GBP 4,599 atau bersamaan RM 25,714.77.

BACA: SUZUKI GSX-R125 DAN GSX-S125 

BACA: SUZUKI GSX250R SUDAH TIBA, MAAF BUKAN DI SINI TETAPI DI UK

Sekarang bagaimana? Perlukah kita hantar petisyen kepada Suzuki untuk menjual motosikal seperti ini di Malaysia?

Google ads
Back to top button