
OLE CHRISTIAN VEIBY JUARA APRC JOHOR – 4 MINIT DIDEPAN PEMENANG KEDUA
Kejuaraan Rali Asia Pasifik pusingan Johor sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin. Perlumbaan tersebut menyaksikan pelbagai drama yang menyebabkan beberapa pelumba gagal menamatkan perlumbaan.
Pusingan kali ini dimenangi oleh Ole Christian dan pemandu arah Stig Rune Skjarmoen dari pasukan MRF menggunakan kereta Skoda Fabia R5.
Menariknya, ini adalah kali pertama Ole menyertai perlumbaan rali di rantau ASEAN dan beliau sebenarnya baru sahaja mengalami kemalangan teruk di Rali Finland dua minggu lepas.
https://www.facebook.com/OCVeiby/videos/1399460630107799/
Ole memperolehi kemenangan selesa apabila beliau empat minit di hadapan rakan sepasukan dan pelumba pengalaman iaitu Gaurav Gill. Kemenangan itu melonjakkan Ole selesa sebagai pendahulu kejuaraan.

Hari kedua rali mempunyai enam peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 77 km. Permukaan jalan lembap dan berlecak dengan cuaca baik sehingga perlumbaan tamat.
Gaurav pula memandu seperti tiada hari esok apabila beliau ketinggalan banyak masa akibat masalah yang dihadapi pada hari pertama perlumbaan. Akhirnya Gaurav berjaya memintas masa Jari Ketomaa yang memandu Mitsubishi Mirage dengan perbezaan 18 saat dan lebih mengujakan ia dilakukan pada peringkat perlumbaan terakhir iaitu SS14.

Penyampaian hadiah diadakan di Litar Johor disaksikan oleh sejumlah penonton dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Pusingan APRC seterusnya ialah di Hokkaido, Jepun pada pertengahan September nanti.
BACA: TOYOTA 222D – KISAH JENTERA RALI MR2 (TAPI SAYANGNYA TAK SEMPAT BERAKSI…)
BACA: SEBELUM KEDATANGAN LANCER EVO, INI ADALAH LAGENDA RALI SEBENAR- MITSUBISHI GALANT VR4










